Breaking News

5 Tips Hilangkan Jeragat Secara Tradisional

Jeragat merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan.

Cara hilangkan jeragat secara tradisional

1. Gunakan perahan jus lemon untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk merawat dan memudarkan parut jerawat. Malah, banyak blog kecantikan, majalah dan penjagaan wajah DIY menggunakan jus lemon sebagai salah satu ‘resepi’ yang dikatakan amat berkesan untuk memudarkan jeragat.

Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh gunakan hirisan lemon yang dicampurkan dengan madu.

2. Sapukan aloe vera untuk hilangkan jeragat

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaatnya yang pelbagai untuk kesihatan kulit. Ia amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan selaran matahari.

Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal hidrat!

Anda boleh membeli gel aloe vera di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun.

Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Malah, ia telah menjadi salah satu rawatan tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk hilangkan jeragat.

Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

3.  Gunakan serbuk kunyit

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional.

Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering.

Amalkan tip ini seminggu sekali.

4. Cara hilangkan jeragat secara tradisional guna teh hijau

Teh hijau bukan sahaja berkhasiat untuk diminum, ia juga boleh hilangkan jeragat pada wajah!

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit.

Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat.

Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas.

Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air! bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menyebabkan jeragat.

5. Skrub menggunakan serbuk oat untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional.

Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah anda.

Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat.

Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

Jom kita cuba. Muka Cik Nor sendiri pun dah ada jeragat ni.

4 comments:

  1. semuanya boleh dicuba ni bahan2 semua kat dapur aje

    ReplyDelete
  2. wahhh..senang..bahan2 dia semua ada kat rumah..free2 nanti boleh lah try gak...

    ReplyDelete
  3. abe kie pun nak try petua yg cik nor bagi ni. Harap2 menjadi la ye...

    ReplyDelete
  4. guna perahan jus lemon tu sy tahu tp x penah buat heheheh

    ReplyDelete