Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia
Sinopsis Bila Hati Memilih Dia
Adra Zulaikha (Eyka Farhana) yang baru habis belajar dan sedang menunggu tawaran pekerjaan. Adra telah dipaksa oleh mak tirinya Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri). Namun Adra menolak permintaan ibu tirinya kerana masih tidak bersedia. Pada masa yang sama, Nazril (Aedy Ashraf), terpaksa berpindah ke Langkawi atas urusan kerja. Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan dia terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anaknya, Nufail (Maryam Annisa).
Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.
Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.
Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra. Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu.
Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil (Shahz Jaszle) abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra.
Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra?
Pelakon: Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Maryam Annisa, Zila Bakarin, Shahz Jaszle, Azri Sabri, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Mak Wan, Qistina Khaled, Shah Rezza, Ezaidi Aziz, Syeera Aziz, Edaman Othman, Izuan Razali
Baca juga : Hatimu Sedingin Salju
Macam best jer citer ni....nak kena tengok la nanti...
ReplyDeletedah baca novel ni.. sukaaaaa... tp x tgk lg versi drama... ehehehe
ReplyDeletejika ada masa pasti abam kie akan menonton drama ini ye...
ReplyDeleteDah lama akak x layan citer melayu...almaklumlah remote tv Mak Pah yang pegang...
ReplyDeleteada tertengok gak cerita ni tapi tak ikut sbb x suka drama yang ada scene menyakitkan hati..stress..
ReplyDeleteDah habis dah citer ni, menarik citernya.
ReplyDeleteMrs. A follow sampai tamat oklah happy ending
eady ashraf nampak matang dlm drama ni
ReplyDeletejalan cerita macam best
ReplyDelete