Breaking News

KUNJUNGI PAVILION NEGERI SELANGOR DI MATTA FAIR 2022 HUJUNG MINGGU INI!

Jangan Lepaskan Peluang bagi Mendapatkan Diskaun Hebat untuk Anda“Pusing Selangor Dulu”!

Berita baik untuk semua; pihak Tourism Selangor akan menyertai pameran pelancongan, MATTA FAIR 2022 yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC). Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan pelbagai diskaun dan tawaran hebat pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor dengan mengunjungi Pavilion Negeri Selangor di Hall 3, 3237– 3248 dari 9 pagi sehingga 7 malam pada Sabtu dan Ahad ini.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Tourism Selangor tidak melepaskan peluang menyertai MATTA Fair edisi kali ini dengan disertai barisan operator produk pelancongan Negeri seperti Farm in the City, Jumpstreet(M)SdnBhd, WetworldWaterpark, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Mitsui Outlet Park, Selangor Fruit Valley, Windlab Indoor Skydiving, MAEPS Serdang, DiscoveryPark @GamudaCove, Hos Komuniti Selangor dan SkyMirror.

Pihak penganjur, Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) menjangkakan edisi MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 50,000 orang pengunjung dalam tempoh duahari. MATTA Fair yang berkonsepkan “Consumer Fair” ini turut menyaksikan inisiatif promosi piha Tourism Selangor dalam mempergiat Kempen Pelancongan Domestik;“Pusing Selangor Dulu!”.

MATTA FAIR 2022 juga membuka ruang kepada para penggiat industri pelancongan Negeri Selangor untuk merancakkan kembali industri pelancongan serta meningkatkan jualan pakej-pakej pelancongan Negeri ini. Tambahan pula, dengan sempadan Negara yang telah dibuka sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa, MATTA Fair dilihat sebagai landasan terbaik bagi menembusi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.

Dengan fokus kepada segmentasi pelancongan eko, penyertaan ini juga dapat memberi peluang kepada produk–produk pelancongan Negeri Selangor untuk memperkenalkan produk pelancongan sedia ada dan terbaharu melalui pameran dan jualan secara terus kepada orang ramai. Segmentasi pelancongan lain seperti pelancongan warisan, taman tema dan pengalaman beli-belah turut diketengahkan di MATTA Fair 2022 bagi menonjolkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan menyeluruh dan premier di Malaysia.

Merujuk kepada data statistik yang diperolehi oleh pihak Tourism Selangor, Negeri Selangor menerima peningkatan jumlah kedatangan pelancong domestik sebanyak 4.7% pada tahun 2021 berbanding tahun 2020.

Baca juga : Kempen Ramadan Tourism Selangor

2 comments:

  1. macam best Matta Fair kalini. tak sempat pi yang tahun ni punya

    ReplyDelete
  2. Wah mesti ada promo hebat2 ni kan ciknor

    ReplyDelete