Breaking News

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik?




Memory Card telefon full, laptop pulak slow loading. Adoii..masalah ni.. huhu Mana tak  penuhnya macam-macam ado-ado.  Blogger katakan mesti suka selfie, Cik Nor suka ambil gambar makanan, ambil video dan macam-macam lagi untuk di upload ke instagram atau facebook. langkah berjaga-jaga  sebelum terjadi apa-apa tidak diingini seperti telefon buat hal atau ada kena virus, apa kata kita pindahkan semua gambar dan video ke Hard Disk. Tempat paling selamat untuk backup semua benda. Apa-apa punu, mestilah kita nak tau ciri-ciri Hard Disk yang macam mana?


Apakah Ciri Hard Disk Terbaik??

Hard Disk satu benda penting yang semua orang perlu ada. Setiap hari, pasti akan ada je gamabr, atau video atau dokumen yang kita akan buat dan perlu disimpan.Hard Disk sangat berguna sekali untuk tujuan menyimpan fail-fail atau data-data, sama ada dalam bentuk dokumen, gambar ataupun video yang ada dalam simpanan kita.Lagi bagus untuk mereka yang suka tengok cerita, bolehlah download dah masukkan dalam hard disk ni. Kalau nak beli, bukan beli sesuka hati je kena tengok ciri-ciri dia dahulu..ni antara ciri Hard Disk terbaik..

1) Harga Yang Berpatutan

Pertama sekali mestilah kita tengok harganya dulu. Berbaloi ke idok..hehe .Yela kadang bajet lari kalau kita beli yang mahal dengan kelebihan yang ada pada hard disk tu tak berbaloi dengan harga. Inilah sebabnya kita perlu lakukan perbandingan harga. Pastikan harga yang dibayar itu adalah setanding dan setimpal dengan kualiti barangan yang kita beli. Cik Nor ushar satu Hard Disk ni dekat Lazada, memang menarik..harga pun menarik hati.

2) Mempunyai kapasiti storan yang besar

Pertama kali nak beli Hard Disk mestilah tengok kapasiti storan dia kan. Macam Cik Nor walaupun guna tab sahaja, tapi kalau dah ambil beribu gambar, mestilah memerlukan ruang yang besar.Dah nama pun gambar mesti lah memerlukan storan yang besar. Nak tak nak kena cari jugaklah sebab kerja blogger ni berkaitan dengan gambar. Kalau tak de gambar untuk satu-satu entry mesti nampak tak berseri kan?


.
3) Proses Pemindahan Data Laju

Benda ni la kita kene tengok juga. Proses pemindahan file sangat laju dan tidak lambat. Sangat menjimatkan masa dan tenaga kita. Ni kang kalau tunggu berjam, habis masa je. Kalau nak tengok kelajuan, boleh cek dekat USB kabel. kalau ada 3.0, hah tu bermakna sangat laju semasa proses pemindahan data.

4) Hard Disk Yang Tahan Lasak,
Nak beli sesuatu barang baru , mesti nak yang tahan lasak dan selamat. Kalau boleh barang tu nak dipakai lama. Tak mola baru pakai kejap dah rosak sana sini. Lagi bagus Hard disk yang mempunyai kalis air dan habuk. Yela, kadang tempat kita berhabuk atau banjir mana kita tak tau, mestilah kita nak barang kita selamat kan? Benda paling gerun bila terjatuh menghempap lantai..Haru di buatnya.huhu



Teknologi terkini iaitu Teknologi sensor G-Shock bagi membantu melindungi data. Terknologi G-shock ni ia akan berhenti secara automatik sekiranya berlaku satu kejutan untuk data corruption, dan menyambungkan semula kerja sekali kejutan telah reda. Ia menggunakan cahaya petunjuk warna berkod negeri bagi setiap operasi yang berbeza untuk penghantaran maklumat yang mesra pengguna supaya anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku.


5) Mudah Di bawa Kemana sahaja

Kalau yang suka travel atau selalu jalan sana sini, mestilah nak bawak benda yang ringan dan kecil, serta mudah dibawa ke mana sahaja. Hard disk ni pun salah satu benda penting untuk dibawa ke mana sahaja. Yela kot-kot tengah ambil gambar, penuh pulak, gamabr sebelum ni lupa nak transfer atau padam, hah masa ni lah hard Disk jadi penyelamat. Masuk jer dalam handbag korang yang besar gedabak tu..haha


6) Rupa bentuk Yang Menawan

Kadang rupa bentuk pun Cik Nor ambil perhatian ..biasalah wanita suka barang-barang cantik dan menarik. Confirm la lain dari orang lain.hehe. Mesti orang lain jeles tengok kan....Kena tengok rupa, tengok juga pada kekemasan. Manalah tahu kot dapat kabel USB berselirat macam ular kena palu. Kesian oo.. Kalau ada USB yang memang terletak elok dekat Hard Disk kan memang itulah yang dicari dan diidamkan selama ini.hehe



7) Warranty
 
Ini sangat penting. Kalau boleh nak membeli sesuatu barang tu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan gadget, sebolehnya pastikan mempunyai waranty atau jaminan sekurang-kurangnya 2 tahun or lebih lagi bagus.Semua ciri-ciri ni ada dekat Hard Disk ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR. Ada macam-macam hard disk Adata. Kalau korang nak boleh klik link nama produk tu yer. 

Macam-macam ado di  Lazada.

 

6 comments:

  1. aida tang ni, memang buta skit.
    depends on mr.asben, Nor.
    dia kata ok, aida ok la :)

    ReplyDelete
  2. nieyl dah ada 3 hard disk..
    dari murah hingga ke mahal..
    ranap jugak akhirnya tau...nyampah...
    sebab terjatuh...

    ReplyDelete
  3. sy prefer storage. ya laa byk benda kn kena sumbat hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Fiza pun akan pilih storage yg besar kalau alang2 dah beli.

    ReplyDelete
  5. Anak remaja suka le pakai hard disk ni kan. Maklum le nak ber wa dgn boyfren hihi...

    ReplyDelete
  6. HD ni memang keperluan la... kalau apa2 jadi pada phone atau laptop, ada back up..

    ReplyDelete