Breaking News

Hari Kalut Cik Nor

Gambar ambik dari pakcik google

Assalamualaikum

Minggu ni banyak penyakit "M" la. hehe. Banyak benda yang nak share tapi ada penghalang faham-faham sahaja lah yer. Tambah pula cuaca sekarang yang sejuk, lagi lah. Buka tab jer mulalah start menguap. Tu belum mengarang lagi, kalau mengarang mahu tidur terus. hihi

Malas nak membebel panjang dah, staright to the point lah yer. Minggu ni Cik Nor start kerja hari isnin. Kenapa start hari isnin? Owh..sebenarnya Cik Nor ambik cuti tahunan untuk pantau mak Cik Nor yang tak sihat. Dia kena gastrik yang agak teruk jugaklah kerana tak mampu nak buat kerja-kerja rumah. Asyik pening melayan jer. Tak tahu nak ubat macam mana, last Cik Nor pergi farmasi cakap nak ubat gastrik dan mention jugak keadaan mak masa tu. Lantas staf farmasi tu bagi 3 jenis ubat. 2 ubat untuk angin dan satu lagi untuk pening. Cik Nor tawakal jer sebenarnya. Kalau tak berkesan memang dah ready nak bawak dia pergi klinik. Alhamdulillah 3 kali telan ubat-ubat tersebut ada perubahan dan pening-pening pun dah mula hilang.

Pagi isnin tu tanya lagi condition mak macam mana. Dia kata dah ok dari sebelum ni, senang hati lah sikit nak pergi kerja. Masa jumpa mak nak salam sebelum keluar rumah Cik Nor bawak bekas bekal bersama. Mak tanya bawak apa? Cik Nor cakapla bawak sagu bersantan dan roti. Malam tadi kakak buat kuih sagu bersantan ada balance banyak so buatlah bekal  jimat sikit belanja. hehe. Dah isi-isi barang dalam kereta, salam dengan kakak terus keluar. Masa tu tak perasan lagi beg bekal tak ada. Beg bekal Cik Nor lebih kurang macam dalam gambar kat atas tu.  Dah Sampai Kota Bharu angkut la barang apa yang Cik Nor bawak. Baru perasan.. eh mana beg bekal? Baru teringat lupa ambik kat atas meja kat ruang tamu.huhu

Tu kes pertama, ini pula kes ke-2. Dah masuk pejabat, toner mesin fotostart dah empty. Mintak duit cash dengan bos nak beli toner refill. Bos kata dia tak bawak duit cash. Makanya Cik Nor nak dahulu kan duit Cik Nor untuk beli toner. Kalau tak beli tak boleh guna la mesin fotostart tu. Buka-buka beg duit, mana duit ? Allah.. dalam kocek seluar jeans. Tertinggal kat kampung lagi. Nasib la ada RM40.00 dalam beg duit untuk belanja 4 hari kat Kota Bharu.

Moral of the story..Cik Nor tak perlu lah kalut sangat nak g Kota Bharu tu. Bukan jauh pun..45 minit perjalanan jer. hehe

 




4 comments:

  1. lah haru....lepas ni kena hati2..nasib baik ada 40 rgt

    ReplyDelete
  2. Alahai... kesiannya Cik Nor... banyak menda nak fikir la tu. Tu yang sampai tertinggal barang semua... moga mak Cik Nor sihat walafiat yea....

    ReplyDelete
  3. sy pun kalau kalut abih semua tinggai

    ReplyDelete
  4. kalau rm40 tu tggl rm040 lg kalut laa nmpk nyerr yaa

    ReplyDelete