Breaking News

Betul Ke Bohong?


  Assalamualaikum..

Alahai Cik Nor ni dah 2 hari tak updates blog. Maaf sangat-sangat masa amat mecemburui Cik Nor. Banyak sangat kerja kat pejabat sampai tak sempat nak curi masa sekejap nak updates blog. Banya nak cerita sebenarnya tapi harap maklumlah masa nya berkurangan.huhu

Apa-apa pun kerja hakiki perlu di utamakan.  Huhu. Tengok blog orang lain jelesnya setiap masa ada entry baru. Cik Nor 2hari sekali belum tentu ada entry baru. Harap maklong. Hihi.


Korang mesti tertanya-tanya apa kaitan tajuk dengan gambar cili ni. Begini ceritanya..minggu lepas Cik Nor promote cili ni kat wechat.  Ada friend Cik Nor siap perli-perli ingat Cik Nor menipu yang Cik Nor tanam sendiri cili ni. Siap cakap macam ni " kerja pejabat sempat tanam cili" Eh..sempat la. Tanam macam ni tak perlu penjagaan yang teliti sangat. 

Untuk menyiram pokok-pokok cili ni tak perlu tenaga manusia kerana teknik penyiraman secara automatik.  Tak perlu tabur baja bagai yer. Kerana baja di salirkan sekali dengan air penyiraman. Setiap pokok tu ada salur paip kecil untuk aliran air penyiraman. Penyiraman biasa tetap di tetapkan masa dan berapa hari sekali. Manakala air baja pula 15 hari sekali macam tu lah rasanya. Masa meracun serangga perosak ni jer memerlukan tenaga manusia. 

Senangkan? Korang yang kerja pejabat pun boleh tanam la. Sebenarnya tanaman ini di usahakan oleh abang ipar Cik Nor. Cik Nor tolong promote jer. Tapi kebun cili tu memang ada kat rumah Cik Nor. Tak bohong yer, memang betul yer.hehe

Cili ni buat solok sedap tau. Saper suka makan solok?😀

3 comments:

  1. Alahaiii rajinnya cik nor....solok tu fav saya....sedapnyaaaa terliur lah pulak hehe

    ReplyDelete
  2. Yelah kan cili solok lada mmg besar besar. Sedapnya Solok lada weyh

    ReplyDelete
  3. makan isi solok je lada x mkn hehehehe

    ReplyDelete