Breaking News

Hadiah Open House 2016


Assalamualaikum..

Tengok tajuk mesti orang ingat Cik Nor dapat hadiah masa g open house. Huh..silap tu. Saperla nak bagi hadiah. Dah bagi makan free nak bagi hadiah pulak. Xde makna nya.haha

Begini ceritanya. Minggu lepas, last minute punya planning. Walaupun bulan  syawal dah berakhir kami adik beradik tetap sepakat nak buat jugak open house. Kakak Cik Nor as a leader in this open house. Waktu-waktu kritikal begini ada pula tragedi yang menimpa. Kakak ipar dia kena serangan strok sehingga menyebabkan koma. Pada mulanya doktor menyarankan agar dia dibedah untuk membuang darah beku dikepala. Namun keadaan nya yang tidak stabil menyebab doktor membatalkan saranan tersebut kerana peratus untuk hidup hanya 10%. Petang Jumaat beliau dibawa pulang ke rumah. Setelah 2 hari bertarung untuk hidup akhirnya pukul 5pagi hari sabtu beliau menghembuskan nafasnya terakhir. Takziah..al- fatihah

Berbalik kepada cerita Cik Nor pasal open house. Oleh kerana kakak sibuk uruskan kakak ipar dia, maka malam jumaat tu Cik Nor la yang ambik alih tugas dia. Hambik ko..pukul 4pg baru tidur. Esok nya pagi2 lagi dah bangun coz majlis bermula selepas solat jumaat. Non-stop buat kerja sambil berdiri..ke hulur ke hilir maka terimalah padahnya. Kaki dah krem, nak tidur malam pun xlena coz kaki berdenyut dah macam dah bengkak.

Esoknya pula...kakak terpaksa bertolak awal pagi ke Thailand kerana kakak iparnya akan dikebumikan disana. Maka keseorangan Cik Nor mengemas sampai siap coz esoknya Cik Nor dah kerja. Adik Cik Nor pulak awal-awal lagi dah balik. Adoii. Akibatnya pagi ahad tu Cik Nor rasa tak larat dan tak boleh g kerja. Menyerahlah Cik Nor ke klinik yang berhampiran dan dapatlah hadiah yang kat atas tu.hehe



7 comments:

  1. Singgah pagi ♥
    Take care cik Nor..

    ReplyDelete
  2. salam..
    hi cik normi..
    lama yaya xsinggh sini..
    xshat ke tu..baik ke belum?
    jaga kesihatan tu tau.. ^_^

    ReplyDelete
  3. open house pun open house la..

    janji raya. hehehe..

    salam kunjungan dari saya.

    ReplyDelete
  4. Malang tak berbau ye Cik Nor....
    Umur berapa kakak ipar tu Cik Nor?
    Hihi....tak pasal pasal MC pulak ek. Eleh tap suka jugakkan tak payah keje hihi...

    ReplyDelete