Breaking News

Blogger Jangan | Diva




Assalamualaikum..

Wah..belek-belek blog rupanya dah bnyak hari tak updates blog. Nak buat macam mana Cik blog busy dengan kerja hakiki. Terpaksa la utamakan kerja hakiki kerana itu punya rezeki Cik Nor.

Duni blogging ni banyak cabarannya. Kalau tak kuat mental boleh tutup blog. Betul tak? Dulu ingat la masa mula-mula jadi blogger memang dah nk give up sebab bila buat entry baru tiada siapa yang sudi singgah. Biasalah kan blogger baru apa lah sangat. Tiada apa yang boleh di banggakan. Tapi sekarang ni alhamdulillah blog Cik Nor mula dikenali ramai walaupun blog Cik Nor masih di peringkat picisan.

Apa yang Cik Nor perhatikan sekarang ramai blogger yang ber ' lagak diva. Kita ni hari- hari la dok singgah blog dia komen. Dia 1 pun xpernah nak komen blog kita. Bukan nak mengharap balasan tapi kemesraan dikalangan blogger tu penting. Kadang -kadang blogger ni boleh jadi kawan. Ada ketika nya boleh jadi lawan. 

Cik Nor xnak lah jadi diva. Cik Nor nak jalinkan persaudaraan mesra dikalangan blogger.  Kalau kita berlagak susah kita nak mintak tolong. Kekadang dalam dunia blogger xsemua kita boleh buat sendiri. Betul tak?

Ini bukan nak mengata sesiapa tapi ini sekadar luahan dari apa yang Cik Nor perhatikan sejak menjadi blogger. Mesra dengan sesiapa sahaja itu penting jika mahu menjadi blogger yang di kenali ramai. 

Sekian bebelan untuk hari ini.😀

16 comments:

  1. Maafin kekangan masa kdang sush nak blogwalking..nibaru dpt kunjung..kitavtaknak diva..heheh

    ReplyDelete
  2. salam singgah dan kenal..aahh saya pun cam tu..ada la singgah .. kat blog ni tak lah selalu sangat tapi sepanjang kita singgah kat blog dia .. satu komen pun tak ada kat blog kita..memang akan detect dengan orang yg x komen balik.. mesra itu penting hiii

    ReplyDelete
  3. x dpt komen di blog dpt chat di wassap pun jadilah..yg penting keep in touch!

    ReplyDelete
  4. cik noor... akak bukan blogger diva tu kan... hehee

    akak blogger suam2 kuku... suka terjah blog org sambil2 kenal rakan2 alam maya...

    ReplyDelete
  5. Biasalah Cik Nor....dunia namanya. Yang penting kita berblogg kerana Allah. Orang lain nak kunjung balas ke tidak tu terpulanglah...

    ReplyDelete
  6. Jgn serik dgn saya ye..instaallah mmg akan melawat kembali..hehehe

    ReplyDelete
  7. kekadang kekangan kerja membataskan untuk blogwalking.. in shaa Allah, Eyda kalau orang singgah akan cuba kunjung balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. saya setahun menyeopi kejap sbb kerja kat hospital dah xde masa nk berblog sangat, sekarang dah x keje hospital. yeay..!!!

      Delete
  8. Diva Sally datang komen dah ni...jangan sedih ye..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Betul tu Cik Nor. Ramai gak blogger yang seangkatan dulu dah tutup blog... huhuhu...

    Saya pon lately dah jarang blogwalking kat blog kawan². Kekangan masa lah. Blogger separuh masa katakan.

    ReplyDelete
  10. hahaha.. diva2 pun x kemana jugak kan.. hahaa
    maybe dia pun sibuk kot.. sangka baik je la.. hehehe

    ReplyDelete
  11. bukan setakat diva.. mulut lancang pun ada tau... yg tak menahan perli memerli org yg dapat job.. dia nak job tp tak nak show diri tu.. susah org gini..

    ReplyDelete
  12. bukan setakat diva.. mulut lancang pun ada tau... yg tak menahan perli memerli org yg dapat job.. dia nak job tp tak nak show diri tu.. susah org gini..

    ReplyDelete
  13. Biasala tu cik nor.. adat blogger sipi-sipi.. Kalau macam KA ni, ada masa tu KA taip banyak-banyak entri dan buat scheduled post. Ada masa tu KA akan blogwalking je tapi tak pos pape.. macam hari ni. lol

    ReplyDelete
  14. saya selalu online guna handphone. kadang nak blogwalking pun rasa macam agak payah. tapi cuba juga sebab niat nak kekalkan silaturrahim sesama blogger walaupun tak pernah nampak muka kan. hehe

    ReplyDelete