Breaking News

Ko Geli, Aku Terima Padah

Gambar hiasan

Assalamualaikum...

Pergh...tajuk bukan main. Nak cari seo ke? Tidak macam tu. Tapi memang cerita ni pun ada kaitan dengan tajuk tu. Tajuk macam pelik tapi ceritanya tak pelik ataupun kelucahan melampau.haha

Minggu ni Cik Nor datang umah sewa pagi isnin. Macam biasalah mood mengantuk terbawa-bawa ke tempat kerja. Cik Nor kalau mengantuk sakit boleh jadi sakit kepala. Nak di jadikan cerita malam tu. Lepas magrib Cik Nor dah tidur sekejap nak hilangkan sakit kepala tapi tak hilang juga sakitnya.

Dengan kepala yang berdenyut paksa juga diri untuk bangun solat isyak dan gosok baju. Dah siap semua tu Cik Nor telan ubat dan letak kain basah kat dahi. Memang itulah caranya Cik Nor nak cepat hilangkan sakit kepala. Roomate Cik Nor tak balik lagi masa tu.

Nak di jadikan cerita, tengah syok- syok tidur terdengar orang panggil nama Cik Nor. Mula tu buat xtahu jer. Makin lama makin dekat dengan telinga. Masa memang dah stress sangat. Kita baru nak lelap dia dah kejutkan. Nak tahu sebab apa dia kejutkan Cik Nor? Sebabnya ada seekor lipas atas katil dia. Roomate Cik Nor ni memang geli dengan lipas. Lagi tak bangun selagi tu panggil Cik Nor. Dengan rasa geram dan nak marah...Cik Nor bangun dan ketuk lipas tu sampai mati. Sapu keluar bilik dan biarkan roomate bersihkan tempat lipas tu mati. Roomate membebel apa ntah...Cik Nor buat pekak sebab dah bengang dengan dia. Masa tu kepala masih berdenyut lagi.huhu

Apa korang rasa bila berada disituasi Cik Nor tu?

5 comments:

  1. Aik geli sampai tqhap macam tu sekali...kalau akak mmg bgg la..sebab tu akak x suka sewa bilik sharing

    ReplyDelete
  2. hehehe kesian cik nor..murni pon klu tgh sakit kepala nak lelapkan mata anak2 suka mangil2 mau kena marah..bukan ape, kalau tgh sakit kepala bukan senang nak dpt lelap..pastu bila dah terlelap dikejutkan pulak..lagi laa aduh sakit kepala ku...by da way anak lelaki murni tu takut lipas..hahaha

    ReplyDelete
  3. Fuhh.. Kesiannya.. Sebab lipas je pun...

    ReplyDelete