Aeon Mall, Kota Bharu
Assalamualaikum..
Sekarang ni ambik mood malam nak tulis blog. Tengahari idea tarak mari. Dia pergi jalan-jalan makan angin.haha
Sajer jer sebenarnya nak tepek gambar g Aeon Mall. Nak buang sayang abadikanlah kat blog. Harap korang tak menyampahlah yer.hihi. Mesti dalam hati korang cakap, Cik Nor g Aeon Mall pun nak tulis dalam blog jugak ke? Korang tak perlah Aeon Mall dah lama ada, kat Kelantan ni baru ada. Jakun lagi orang-orang Kelantan ni.haha
Gambar atas tu first Cik Nor mula sampai Aeon Mall rasanya hari ke 3 pembukaan. Kalau ikutkan Cik Nor memang malas nak pergi tapi anak buah mendesak terpaksalah g jugak. Sampai lebih kurang pukul 11 pagi. Masa tu dah full parking. Terpaksalah park kat roof top. Apa yang kelakar, masa nak balik apabila cari kereta tak jumpa.haha. Bukan hilang tapi lupa park kat area mana. Roof top tu luas dan parking pulak penuh. Last sekali tinggal anak buah jap kat tengah dan redup...Cik Nor g cari sorang. Ni lah padahnya. Masuk ikut pintu lain keluar pintu lain.haha
Yang ni second time g, penuh kete myvi Cik Nor. Macam rombongan Cik Kiah pulak.haha. Cik Nor g cuci mata jer. Nak shopping tak mampu semua barang brand. Haha. Cik Nor hanya mampu shopping kat bahagian barangan dapur sahaja.
Adik Cik Nor tu berlagak dengan barang orang lain jer.haha. Dia nak shopping tak mampu, kerja pun belum lagi.haha. Kalau nak g shopping mall macam ni pasti poket tebal lah yer. Kalau nak window shopping macam Cik Nor poket nipis pun ok..hihiar
Letih meronda Aeon Mall sbb panjang sgt. Ada la beli 3 helai kemeja ari tu..
ReplyDeleteSesekali apa salahnya. duit banyak pun bukan boleh bawa masuk kubur. Eh, Terover pula saya.. hihi
ReplyDeletebulan 10 kami datang ye ;)
ReplyDeleteaeon mall kat shah alam baru buka pun nad tak pernah pergi lagi
ReplyDeletewuuuu...shopping abis...
ReplyDeletelama yui xp kelantan..huhu
ReplyDeletesiap laa puasa/raya ni mesti sesak
ReplyDelete