Breaking News

Misi Kemanusiaan Banjir Ke Hulu Gua Musang




 Assalamualaikum...

Walaupon dah lama menyertai misi ni cik nor tetap nak pos jugak kat sini.Misi ni sebenarnya tahun lepas punya cerita.Seminggu selepas banjir tahun 2014 surut.Oleh kerana masa terhad nak updates pasal misi ni maka cik nor peram dulu sehingga hari ini baru dapat cik nor ceritakan.

Cik nor dan family sebenarnya ke Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan dimana tinggalnya pakcik dan makcik cik nor sebelah ayah.Masa banjir tengah tenggelamkan tempat tu kami dapat tahu rumah pakcik dan makcik memang teruk kena tempiasnya.Cuma kami tak tahu macam mana keadaan sebenarnya.Maka kami adik beradik dan seluruh ahli keluarga berpakat untuk membeli barang keperluan untuk pakcik, makcik dan semua saudara mara kami kat sana.Manakala kakak pula mendapat sumbangan dari guru2 sekolah tempat dia bekerja.Alhamdulillah...Pagi Jumaat yang mulia kami bertolak ke sana.Mak cik nor sempat bungkuskan nasi lemak untuk dibagikan kepada mangsa2 banjir sepanjang jalan kami lalui.

MasyaAllah...masa mula2 sampai memang terkejut jugaklah tengok keadaan rumah kat sana selepas banjir surut.Gambar2 kat atas bukti bagaimana dasyatnya banjir tahun 2014.Rumah pakcik cik nor hilang terus dibawa arus deras.Manakala rumah makcik pula roboh depan dan belakang.Hanya ruang tamu sahaja yang boleh diduduki.Di ruang tamu itu lah tempat tidur dan tempat memasak.Begitu daif sekali keadaanya bila 2 keluarga berteduh dibawah satu bumbung. Memang sedih sangat melihatnya...tapi Allah Maha Mengetahui apa yang telah dirancang...










 Gambar ni cik nor ambik semasa melawat keadaan Bandar lama Gua Musang yang teruk ditenggelami air semasa banjir tersebut.Dia apa yang boleh diselamatkan.Semuanya terpaksa dibuang kerana semuanya musnah apabila air banjir bertakung selama seminggu.Tunggul2 kayu berselerakan di atas jalan raya hanyut dibawa arus deras.Entah bila keadaan ini akan pulih seperti sediakala....huhu
Ini pula kedaan sewaktu dalam perjalanan balik dari misi tersebut.Jem tu bukan kerana jalan rosak tapi kerana banyaknya kenderaan luar masuk ke Kelantan untuk menghantar bantuan.Betapa mulianya dan baik hatinya rakyat Malaysia.Sumbangan tiba tak kira masa.Thanks a lot buat semua negeri di Malaysia yang sudi menghantar bantuan kepada semua mangsa banjir dinegeri Kelantan.Sehingga ke hari ini 26/01/2015 masih banyak bantuan yang dterima especially bantuan dari segi tenaga yang diperlukan untuk mencuci kawasan penting sepeerti sekolah, masjid dan banyak lagi.Untuk pengetahuan korang semua..cik nor mengikut misi ini dengan menaiki myvi sahaja.Kereta cik nor terpaksa di jadikan 4 wheel drive bila tiada kenderaan lain untuk ke sana.Alhamdulillah..Allah permudahkan segala urusan cik nor. Terima kasih Ya Allah...


Moga semua mangsa banjir 2014 tabah menghadapi dugaan Allah...

9 comments:

  1. dapat juga cik nor merasai bagaimana berada di tempat yang pernah dilanda banjir...

    ReplyDelete
  2. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

    ReplyDelete
  3. Allahu akbar...mampu simpati dari jauh...Tahniah jugak buat cik Nor kerana menyertai misi pasca banjir ni. Alhamdulilah rakyat Malaysia semuanya mmg berhati muliakan cik Nor...

    ReplyDelete
  4. Salam. saya Ramli AJk Persatuan Penduduk kelompok Tempua. KL. kami bercadang keKelantan hujung minggu ni,Nak minta tips/suggestions untuk kami buat planning. tolong sms atau wassap 0129748909. tkasih.

    ReplyDelete
  5. mmg teruk nampak...semoga mereka semua tabah la menghadapi semua ujian ni hendaknya..insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Sayu melihat kesan banjir yang berlaku di Pantai Timur...

    ReplyDelete
  7. meang sedib melihat keadaan selepas banjir. moga Allah gantikan yg lebih baik untuk mereka semua. dahsyatnya air yg menjadi keperluan kita mampu menghancurkan semua sekelip mata

    ReplyDelete
  8. sy x dpt byg kn brg2 yg elok pastu terpaksa dibuang sbb terkena air banjir...

    ReplyDelete