Breaking News

Tiba-Tiba Rasa Nak Puasa

 

Assalamualaikum..

Al-kisahnya tahun lepas, tak rancang pun nak puasa hari isnin dan khamis. Memang dah lama giler tak puasa sejak habis bulan Ramadan dan Syawal tahun lepas. Memang tak rasa nak puasa langsung walaupun berat badan dah melebihi had.haha. Entah macam mana bulan 11 tahun lepas Allah buka pintu hati Cik Nor untuk puasa qada gabung dengan sunat hari isnin dan khamis. 

Sebab apa Cik Nor tiba-tiba puasa? Antara salah satu sebab utama ialah waktu magrib awal. Belum pukul 7 malam dah magrib. Uishh..dalam hati best ni kalau pauasa. Macam dok kat Sabah dan Sarawak la pulak. Pung, pang, pung pang.. 2 bulan Cik Nor puasa dapatlah 14 hari. Allah macam tak percaya pulak dapat puasa sebanyak tu. Ye lah Cik Nor kat tukang masak kat rumah, pagi membawa ke malam semua masak kat rumah. Jarang beli kat luar, tahan jer lah nafsu makan setiap kali masak..haha

Ingatkan nak cukupkan 16 hari tap cuti ABC lah pulak. Alhamdulillah tahun ni sambung lagi puasa dalam bulan Rejab. Hari ni dah hari ke 11 Cik Nor berpuasa dalam bulan rejab, semua Cik Nor niat dengan puasa Qada. Ye lah kan, masa muda-mudi dulu mungkin ada yang terlupa qada kita cover lah sekali harung ketika datang kerajinan ini. 

Niat dihati nak puasa sampai ke bulan Ramadan, tapi tak tahulah macam mana. Doakan Cik Nor istiqamah untuk teruskan puasa ini. Semalam hampir fail puasa sebab tiba-tiba jer sakit kepala.Ingatlam hari ni dah nak cuti, bangun pagi ni kepala dah ok. On jerlah puasa, alang-alang dah bangun panaskan nasi dan lauk untuk dia sahur. Adik Cik Nor tu OKU tu yang Cik Nor kena sediakan dia sahur.

Korang dah qada ke puasa tahun lepas? hehe. Just ingatkan  sebab dah tak banyak masa dah kita nak masuk bulan Ramadan 2024.

Baca juga : Kelebihan Puasa Hari Asyura

4 comments: