Breaking News

Nak Tanya Pendapat Korang

 Assalamualaikum..

Tajuk kemain kan? hehe. Cik Nor adalah terbaca dalam facebook ada orang kongsikan yang dia banyak voucher KFC. Apa patut dia buat dengan voucher-voucher tu? Nak pergi tebus rasa bersalah pulak sebab sekarang orang tengah boikot sebab dia salah satu penyumbang terbesar kepada israhell tu. Banyak juga voucher yang dia ada..

Tu Cik Nor tanya korang, apa korang akan buat kalau dapat voucher banyak macam tu? Buang, bagi orang lain atau pergi tebus sahaja. Kan pergi tebus ada orang kecam macam budak yang nak makan bubur McD tu. Padahal budak tu autism kot dan tidak tak suka makan bubur selain lain bubur McD. Mak dia dah cuba bagi bubur lain tapi dia tak nak makan.

Korang yang kecam tanpa usul periksa tu kan, kalau anak orang tu mati sebab tak nak makan bubur lain korang nak bertanggungjawab ke? huhu. Yang patut korang kecam yang muda-mudi tu. Macam tak ada makanan lain nak makan. Pantang ada promosi, penuh la kedai makanan segera tuh..huhu.

Cik Nor tanya ni kan sebab Cik Nor pun ada voucher macam tu. Cik Nor dapat sebab jawab survey, so dia bagilah voucher sebagai balasan. Dok simpan jer la tu, Nak g tebuskan orang kata macam-macam sedangkan klu g tebus tak guna duit sendiri pun. Haishh..dilemma jugak macam ni. Tak guna rasa membazir pulak. Nak bagi orang, semua boikot..huhu

Cer bagi pendapat korang?

Baca juga : Akhirnya Ku Tebus Jua

9 comments:

  1. haah btul kesian anak Autism tu.. sbb golongan Autism kan istimewa mmg dia takkan nak lain drpd yg dia dah suka.. alamak sayang pula nak buang gitu saja voucher tu kan? hermmm kalau bagi pada org lain boleh kot hehe

    ReplyDelete
  2. kalau MA memang kasi org yg x boikot la kot....

    ReplyDelete
  3. Try tanya siapa yang tak boikot.. xpun ciknor guna ajelah

    ReplyDelete
  4. kalau saya, kalau voucher tu mmng free2 boleh tebus makanan terus, guna ja tapi pergi outlet yang tak ramai orang atau drive thru je untuk elak fitnah.. tapi kalau voucher discount shj yang masih kena tambah duit tu memang buang je..

    ReplyDelete
  5. Kalau free, redeem je. Kalau setakat diskaun, abaikan.

    ReplyDelete
  6. pandangan ammi, kalau mmg betul2 free takyah bayar sesen pun pergi jelah guna. tp kalau kena topup bagai...tak perlulah kot. jimat rm2 tp tetap bayar rm15. hmmm baik buang je

    ReplyDelete
  7. Dilema yang sama. Ada voucher kopi femes itu. Saya tebus di mall yang tak ramai orang melayu pergi. Huhu

    ReplyDelete
  8. Kempen boikot tu lebih kepada nak menekan us & israhell. Untuk yang tak boikot kfc, jangan risau. anda makan makanan halal & tanda support juga kepada pekerja2 yang muslim. Terpulang, nak guna voucher tersebut, gunalah, takde kesalahan pun.

    ReplyDelete
  9. kalau saya, guna je cik nor..asben saya ckp kita ni duk nak boikot produk2 yg menyalurkan kepada puak itu tapi fikirkan jugak pekerja2 yang kebanyakan org islam yg bekerja kat situ..duit yg kita byr membeli brg/mkanan kat situ gaji untuk diaorang jugak...dlm kes yg cik nor tnya ni, guna baucer so guna je...

    ReplyDelete