Breaking News

Cara Pakai Sunscreen Yang Bagus Dan Berkesan 2024

Bila sebut pasal sunscreen ramai yang pandang remeh pasal perkara ini. Perkara macam inilah yang selalu terjadi kepada wanita yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk menjaga kulit muka sehingga menyebakan kulit muka berjeragat dan break out. Ramai orang tidak tahu yang UVA dan UVB dari matahari dan alatan elektronik yang kita guna seharian boleh memberi kesan yang tidak elok kepada kulit muka kita. Tidak kira wanita atau lelaki semuanya kena cakna supaya tidak terjadi masalah penuaan awal dan burn out yang teruk di muka korang

Kenapa kena pakai sunscreen? Pemakaian sunscreen untuk pencegahan awal terhadap masalah penuaan awal, break out dan jeragat boleh di atas dengan menggunakan sunscreen secara teratur setiap hari. Umur yang sesuai untuk menggunakan sunscreen ini ialah seawal usia remaja, dimana masa itu remaja tengah aktif dan selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Ketika usia remaja Cik Nor jarang ambik tahu pasal sunscreen ni tapi tetap jugak pakai bedak atau krim muka ketika hendak keluar rumah. Usia remaja kulit muka pun tak banyak masalah, kalau ada pun cuma jerawat. Tapi bila usia makin meningkat banyak pulak yang kita perlu jaga dan ambik tahu kerana pada masa ini kulit kita sudah kehilangan kolagen dan kulit muka semakin menghampiri penuaan.

Kulit muka yang berjeragat dan bintik hitam

Dari pengalaman Cik Nor sendiri, masa kerja dulu memang Cik Nor kerja dulu memang tak pernah tinggal sunscreen dan semua krim yang perlu pakai Cik Nor pakai. Memang masa tu muka tak ada masalah langsung, sesiapa yang jumpa Cik Nor pun akan cakap muka Cik Nor clean tak tak ada masalah. Akan tetapi sejak Cik Nor bekerja dirumah, Cik Nor jarang menggunakan sunscreen tidak kira ketika dirumah atau ketika keluar. Maka bertepeklah jeragat kat muka Cik Nor. Bila tanya orang kenapa muka berjeragat? Ramai yang kata jangan tinggal sunscreen walaupun berada dirumah. Sejak dari itu Cik Nor nekad untuk pulihkan muka dari jeragat dengan menggunakan sunscreen setiap hari.

Skincare Tips Memilih Sunscreen

Sebenarnya banyak jenis sunscreen kat pasaran Cuma kita kena cakna yang mana sesuai dengan kulit muka kita.  Cik Nor pernah sekali mencuba satu sunscreen tapi tak sesuai sangat dengan kulit muka Cik Nor kerana bila pakai tu kulit muka terasa panas dan ia terlalu berminyak bila terkena sinaran matahari. Cik Nor ni jenis tak suka yang jenis berminyak dan sukar untuk meresap ke dalam kulit. Oleh kerana itulah Cik Nor sangat teliti untuk mencuba satu-satu sunscreen yang baru supaya ia sesuai dengan kulit muka.

Meh Cik Nor kongsikan cara memilih sunscreen yang sesuai.

1) Pilih Ikut Kesesuaian Kulit Kita

Tidak semua  sunscreen kita boleh pakai kerana setiap orang mesti ada malas kulit muka tersendiri. Ada yang kulit berminyak, kulit kering, kulit sensitif dan kulit kombinasi. Pemilihan sunscreen yang betul itu penting supaya ia berkesan dan tidak member kesan yang tidak elok pada muka kita.

Kalau ikut pengalaman Cik Nor, sunscreen yang baik mestilah sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.Apa yang penting fungsinya, melempapkan kulit, tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam kulit supaya kita selesa sepanjang penggunaannya. Sunscreen yang bagus juga mestilah sunscreen yang tiada white cast, jadi ia tidak menyumbatkan pori-pori dimuka.

2) Mesti mengandungi Sekurang-kurangnya 30 SPF+++

Bagi yang kurang pengetahuan tentang SPF, korang kna ambik tahu yang SPF membantu melindungi kulit muka dari sinaran UV yang boleh menyebabkan masalah kulit  dan jika tidak dikawal boleh menyebakan penyakit kulit. Mesti korang perasan setiap packaging sunscreen ada tertera kandungan SPF ini.

Ia berbeza mengikut nombor. Contohnya :

-    SPF 15 menyekat hanya 93% dari sinaran UV

-    SPF 30 menyekat 97%  dari sinaran UV

-    SPF 50 menyekat 98% dari sinaran UV

-    SPF 100 menyekat 99% dari sinaran UV

Cik Nor dah bagi pecahan SPF kat atas tu korang boleh pilih SPF mana yang korang patut guna sesuai dengan keadaan korang sekarang. Makin tinggi SPF makin tinggi kulit dapat dihalangi dari sinaran matahari. Dalam pemilihan sunscreen haruslah memilih sunscreen SPF 50 supaya dapat melindungi kulit kita secara maksimum.

3) Hybrid Sunscreen

Hybrid sunscreen merupakan gabungan 2 jenis sunscreen  iaitu physical dan chemical sunscreen. Kombinasi kedua-dua sunscreen ini telah disatukan semua kebaikan dan filter semua keburukan daripada kedua-dua sunscreen

4)  Kandungan

Pemilihan kandungandi dalam sunscreen sangat penting.  Kita harus memilih kandungan yang boleh calming irritate skin terutama untuk kulit sensitif. Antara bahan kandungan yang boleh meredakan keradangan kulit adalah aloe vera.




Cara Pakai Sunscreen dengan Betul

Ramai yang masih tidak ambik tahu cara yang betul untuk memakai sunscreen supaya ia meberi kesan yang maksimun setiap kali menggunakannya. Apa kata korang ikut tips ini, mana tahu boleh membantu korang nanti.

Ø      >    Pakai Sunscreen dulu atau day cream dulu

Dalam skincare routine mesti ramai tertanya-tanya kan? Pakai sunscreen dulu atau day cream dulu? Sebenarnya kalau basic skincare routine tu ada 3 step jer, cleanser, moisturizer/day cream dan sunscreen. Jadi sunscreen ni last step dalam skincare Lepas pakai moisturizer/day cream barulah pakai sunscreen sebagai protection kulit kita dari sinar UV.

Ø      >    Pakai sunscreen berapa kali sehari?

Sunscreen ni bukan macam skincare lain, pakai dua kali jer dalam sehari. Sunscreen perlu di reapply setiap 2 hingga 4 jam. Kalau kita berada di luar dan terdedah  dengan matahari kita perlu reapply setiap 2 jam tetapi kalau kita tidak terdedah perlu reapply setiap 4 jam. Mesti korang tertanya-tanyakan berapa banyak kena pakai sunscreen ni? Kuantiti yang mencukupi adalah sebanyak 2 jari untuk mendapatkan coverage yang terbaik dan kesan yang maksimum.

    >    Sunscreen pakai waktu bila?

Mesti korang tertanya-tanya sunscreen pakai waktu bila kan? Kan? Sunscreen ni boleh pakai waktu siang sahaja bermula waktu pagi, waktu tengahari  sampai ke petang. Sunscreen ni juga merupakan basic skincare routine dalam rutin harian.

Oleh kerana itulah Cik Nor pilih Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature untuk pilihan sunscreen terbaik harian Cik Nor.  Ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti :

1.  Sunscreen SPF 50+ dan PA+++

2. Tidak berminyak dan tidak rasa melekit bila di sapu di muka

3. Mengekalkan kelembapan kulit muka kita

4. Membantu meredakan kerengsaan kulit

5. Tidak menyumbatkan pori-pori kulit dan tiada white cast

Sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature ini merupakan sunscreen SPF 50 yang bertexture tidak berminyak dan tidak melekit.

Sunscreen Aloe Vera ini juga dapat memberikan kelembapan pada kulit kita. Aloe Vera dalam sunscreen terbaik ini dapat meredakan kerengsaan kulit bagi yang mempunyai kulit sensitif,

Sunscreen ini merupakan sunscreen untuk kulit berminyak, jadi ia tidak akan menyumbatkan pori-pori. Aloe Vera sunscreen ini sunscreen tanpa white cast jadi ia mudah untuk dicuci. Sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sangat memudahkan urusan seharian, tidak perlu di cuci menggunakan makeup removal.


Feedback Cik Nor Guna Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature

Cik Nor kalau pakai sunscreen memang cerewat lah juga sebab Cik Nor tak suka sunscreen yang berminyak dan susah nak menyerap ke dalam kulit. Cik Nor ni jenis nak cepat kalau hendak keluar mestilah nak yang cepat mesra dengan kulit. Sejak Cik Nor jumpa sunscreen untuk kulit berminyak dari hansaegee nature ni terus jatuh cinta.

Mana tidaknya teksturnya yang ringan dan cepat menyerap dalam kulit memang ini yang Cik Nor cari.  Bila cepat menyerap ni mudah untuk Cik Nor pakai day cream pulak. Kadang-kadang kalau malas sangat Cik Nor buat basic skincare rountine jer. Cik Nor tak ada lah sangat skincare tips tap satu jer pesanan Cik Nor jangan tinggalkan sunscreen setiap kali korang makeup. Sunscreen penting untuk melindungi kulit muka korang dari sinaran UV.

Kalau nak keluar ke mana-mana mesti bawa Aloe Vera Sunscreen bersama

Muka tetap maintain  lembap dan tidak berminyak walaun masa ni pukul 12.00 tengahari

Kalau korang nak tengok ramai yang dah berjaya mengatasi masalah kulit muka dan nak tengok produk-produk Hasaegee Nature yang lain, boleh la lawati :

>    Website: www.hansaegee.com/shop

>    IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

>    FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

>    Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

3 comments:

  1. salam kenal. dulu2 pun tak berapa kesah pasal sunscreen. bila dah masuk 50an jeragat dah makin banyak. now tgh mencuba product BEYUL. grab dulu sunscreen dia. harap2 elok la muka utk hari raya.

    ReplyDelete
  2. perkara yang paling malasd nak pakai adalah sunscreen dan bedak.. bias aldy pakai serum sahaja.,. serum dan lipsice..

    salam kenal sis, done follow as Ain Farhana.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing..Sy mmg tgh cari sunscreen baru skrg ni =)

    ReplyDelete