Breaking News

Produk Panas Ayam Brand | Cili Dan Tuna Bergabung..Meletopp





Assalamualaikum...

Minggu lepaskan Cik Nor pergi bercuti ke Lost World Of Tambun. Entry bercuti ni dalam proses yer.hehe. Oleh kerana rombongan kami lebih kurang 10 orang maka kena lah berjimat sikit. Cik Nor sewa homestay jadi senanglah sikit nak masak. Bila dalam mood bercuti dengan keluarga mesti makan apa pun berselera. Jadi Cik Nor bawa sekali tuna dari Ayam Brand. Pergh...memang sedap Cik Nor cakap. Makan dengan nasi panas memang terangkat habis. Nak tahu apa keistimewaan tuna dari Ayam Brand ni. Jom baca coretan dibawah ini.

Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini didalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot



Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan.

Kempen We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama suka ramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.

Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan. Ayam Brandjuga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketatdi dunia.

Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini!


Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.

Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia.

DisahkanHalal 

Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.

CadanganHidangan


Ayam Brand™ Cili Tuna boleh dinikmati dalam pelbagai cara, paling mudah ialah dengan menikmatinya terus dari tin bersama sepinggan nasi panas atau dengan menyapukannya ke atas sekeping roti. 


Untuk snek yang lebih menyeronokkan, cubalah Bergedil Tuna yang seakan-akan sebiji burger mini yang comel. Ia amat sesuai untuk dijadikan hidangan yang akan menarik perhatian keluarga dan rakan-rakan yang berkunjung kerumah anda. Kek Ubi Keledek Tuna pula amat enak dinikmati dengan kopi untuk jamuan minum petang.

Cubalah barisan Cili Tuna Ayam Brand™ dan terokai kepedasannya mengikut kesesuaian anda.

Untuk lebih banyak resipi menggunakan tuna, klik pautan www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di pautan www.youtube.com/ayambrandmalaysia

Harga dan Kebolehdatan

Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.

Sedikit maklumat mengenai Ayam Brand.
 
MengenaiAyam Brand


Ayam Brand™ merupakan jenama isi rumah tersohor di Asia Tenggara sejak 125 tahun yang lalu yang terkenal dengan barisan meluas makanan bertin yang berkualiti tinggi, tiada bahan pengawet tiada MSG serta amat mudah digunakan. Produk-produk Ayam Brand dihasilkan di fasiliti canggih yang mendapat piawaian tertinggi dunia (HACCP, ISO 9001) serta disahkan ‘Halal’. Selama empat tahu nberturut-turut bermula 2013 hingga 2016, Ayam Brand telah dinobatkan sebagai antara lima jenama makanan terbaik dan paling digemari serta antara 10 jenama FMCG paling diminati oleh rakyat  Malaysia seperti yang tercatat dalam kajian Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

15 comments:

  1. Macam menarik ni..Baik, nanti nak try..sedap ke idok?hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tuna buat sandwich atau nasi goreng :)

    ReplyDelete
  3. Biasa tuna ni buat sandwich jee...

    ReplyDelete
  4. biasa makan tuna brand ni dengan roti....baru ni beli cili tuna...harap diorang dapat improve sikit banyak sangat biji cili... tapi rasa memang sedap

    ReplyDelete
  5. da penah mkn mmg pedas kena pulak jenis yg x tahan pedas hahaa

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. ni makanan masa mama diet

    ReplyDelete
  7. Wuuu boleh cuba ni. Lagi2 memang minat pedas :D

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.... suka makan jenama Ayam Brand ni..

    ReplyDelete
  9. sedappppp.... produk wajib ni...

    ReplyDelete
  10. Juju suka brand ni...sedap sungguh! Skrg wajib cili tuna tu ada kt rumah...buat emergency kalau malas masak.

    ReplyDelete
  11. Macam sedap jer, kena try sendiri nih ... Pedas2 nih syok skit nak makan ...

    ReplyDelete
  12. Pernah beli tapi taklah selalu...jimat haha

    ReplyDelete