Breaking News

Petai, Petai Dan Petai


Assalamualaikum..

Cerita petai ni rasanya 2 minggu lepas lagi tapi baru nak tulis kat blog. Tak per kan? Hehe. Almaklumlah cik blog buat-buat sibuk. Macam korang tak tahu Cik Nor, cerita dah basi baru nak up.😀😀😀

Macam biasalah hujung minggu mesti Cik Nor balik kampung. Dok kat rumah sewa pun bukan ada apa, membuta jer kerjanya. Boleh tolong kemas rumah mak. Eh..tercakap Cik Nor rajin la pulak. Kihkih. Balik malam tu tengok petai tak ada lagi kat dapur. Bangun pagi, wah banyaknya petai. Biji dia besar-besar pulak tu. Suka nya tengok. Rasanya abang ipar kot bawa balik dari rumah sewa dia kat Gua Musang. Sekarang musim petai kat sana. Kalau kat kawasan Machang kebanyakan petai dari Thailand. 

Apa lagi, Cik Nor hantu petai jugak. Cari yang muda-muda hiris nipis-nipis bersama kulit buat ulam. Ya Allah...nikmatnya makan dengan nasi panas-panas. Kalau petai yang macam dah tua tu Cik Nor lebih suka rebus dulu sebelum buat ulam. Ye lah kan, bila dah tua bau dia pun mengacam jugak.hehe.

Tengahari tu kopek lah yang isi tua-tua, nak buat sambal bilis petai. Kebetulan sambal bilis yang dibekukan masih ada. Cuma panaskan balik dan tambah petai. Pergh..ingat tak laku. Rupanya sold out. Nasib la Cik Nor sempat makan. Kalau tak batu belah batu bertangkup la Cik Nor. Haha. Ingat nak buat lagi tapi asyik terlupa beli ikan bilis jer. Bertabahlah yer. 

Korang suka makan petai tak? Kalau suka, petai tu korang buat macam mana? Masak dulu atau buat ulam mentah macam tu jer. Meh la kongsi ngn Cik Nor.😊

21 comments:

  1. Bestnya kalau dapat makan petai...

    ReplyDelete
  2. Wow sedapnya.. tapi mama x mkn petai. Masak boleh lah. Ayah syafi mmg hantu petai

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa, buat sambal petai campur ikan bilis.

    ReplyDelete
  4. mana sambal bilis petainya tu? ;-)

    ReplyDelete
  5. Saya tak makan petai, pernah cuba sebab terliur tgk org makan cicah budu, last last sy tak kunyah , masuk mulut terus telan.haha

    ReplyDelete
  6. sedapnya petai kalau buat masak sambal tumis udang hahaa

    Salam singgah! Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  7. saya suka ayam sambal petai, ikan bilis petai..fuh, mmg tak pandang lauk lain la walaupun ada berjenis2 lauk atas meja masa tu...petai tetap di hati...

    ReplyDelete
  8. sedapp petai..sambal petai udang .. sedapppnya.

    ReplyDelete
  9. ahahahah...kt umh kmpung cikma pon mak sedare wt bape tabung petai jeruk..petai freshh pakat susuk alik bontot takut adik curikk..berebut

    ReplyDelete
  10. Ana petai confirm masak sambal udang sis. Bertambah2 nasi dibuatnya. Jadikan ulam pun selalu juga.

    ReplyDelete
  11. Hai ciknor. Masuk sini jumpa petai pulak. Haha..
    Kita suka mkn petai buat sambal + ikan bilis. Sdap.

    ReplyDelete
  12. haish.... sedapnyo la... make nasi ngn budu cicah petai ni xtau brapa kali tambah ni... isi bulat-bulat...

    ReplyDelete
  13. Suka jugak Cik Nor...tp petai mahal ah kat KL ni. Ada jenis petai yg ada ulat tau dalam dia. Tu yg ngeri sikit tu.

    Samalah cik Nor selalu campur dlm sambal tumis je....

    ReplyDelete
  14. Saya tak dapat makan petai.... huhu... pahit...

    ReplyDelete
  15. best petai.yang pahit, paling sedap..dan ia awet muda! jadi, sape nak mudah..kena lah makan petai..hihihi

    ReplyDelete
  16. Takde lah suka sangat petai ni tapi kadang2 teringin tu makan jugak. Hehe

    ReplyDelete
  17. suka petai sbb juju pun hantu petai....masak ikan bilik dgn petai pastu buat nasi lemak...fuhhhh

    ReplyDelete
  18. kalau mentah memang taklah nak makan.biasa masak sambal petai atau sambal udang petai.

    ReplyDelete
  19. Abe ekin bab petai buat sambal ikan bilis petai bertambah2 nasi taw

    ReplyDelete
  20. baru semlm mkn buat nasi goreng petai

    ReplyDelete