Breaking News

Selamat Pengantin Baru | Hanif Dan Farhana

Assalamualaikum..

Ingat tak entry yang Cik Nor berspek baru tu? Cik Nor kan ambik cuti sebab nak g majlis bertandang. Ni lah orangnya. Hehe. Gambar masa bertandang tak ada. Dah kenyang makan cepat pulak nak balik sampai lupa nak bergambar.hihi

Gambar yang kat atas tu, gambar masa malam nikah. Cik Nor tak tahu pun yang dia nikah seminggu awal. Mesti korang terkejut kenapa nikah awal seminggu. Cik Nor pun baru tahu yang adik  pengantin perempuan tu pun kahwin jugak. So, diorang kena buat awal la. Hari rabu malam khamis tu adik dia pulak yang nikah. Esok nya (23/03/2017) majlis bertandang untuk kedua-dua pasangan. Terima 2 orang menatu sekaligus. Hah.. giteww.. Kerlass ko.hihi

Hari Isnin atau selasa si pengantin lelaki telefon Cik Nor untuk menjemput Cik Nor ke majlis bertandang dan majlis sambut menantu. Tapi masa tu kat pejabat tak sempat nak pick up telefon sebab bos dah masuk pejabat. Malam tu baru dapat cakap. Cik Nor tipu dia yang Cik Nor tak dapat cuti sedangkan bos Cik Nor awal-awal lagi dah luluskan cuti Cik Nor. Saja jer nak tengak reaksi dia macam mana. Memang kecewa la..haha

Alhamdulillah..Cik Nor dapat memenuhi kedua-dua undangan dari pengantin lelaki. Dah habis musim cuti sekolah. Bermakna berakhir jugak la kenduri kahwin. Haishh.. asyik citer pasal orang kahwin jer. Cik Nor punya kenduri kahwin jangan tanya. Haha. Soklan sensitip tau... kita hanya merancang, Allah yang menetukan segalanya. Betul tak korang?

Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat Hanif & Farhana. Moga bahagia till jannah..aamiin

Korang banyak tak dapat undangan kenduri kahwin?

7 comments:

  1. Selamat pengantin baru kepada dua mempelai

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke syurga 😍

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru.
    Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru.
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  5. Sapa Hanif ni Cik Nor? Blogger ke?
    Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua

    ReplyDelete