KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, January 4, 2017

Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online (SAPS)



Assalamualaikum..

Semenjak seisi persekolahan 2017 dibuka ibu bapa dan anak-anak asyik dok bercakap pasal SAPS.  Apakah itu saps ibu bapa? Mengapa mereka sering memperkata tentang ia. Moh la Cik Nor terangkan serba sedikit SAPS ini. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada ibu bapa dan juga anak-anak diluar sana terutamanya di Malaysia.

Untuk membentuk dan mendidik anak kita supaya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat pendidikan amat penting sekali bagi menjamin keterusan hidup yang penuh cabaran. Persoalannya disini bagaimana caranya untuk ibu bapa memastikan ianya berjaya? Disini ibu bapa perlu berkorban sedikit masa untuk memastikan ianya terus cemerlang dalam pelajaran dan masa depan yang penuh mencabar di era globanisasi.

Mengikut kepada yang berpengalaman, cara terbaik untuk memastikan  kecermelangan anak-anak dalam peperiksaan adalah dengan memantau keputusan peperiksaan mereka. Kenapa nak kena pantau pulak? Ya, kena pantau kerana keputusan peperiksaan merupakan kayu pengukur kepada prestasi pembelajaran mereka. Kita hendaklah sentiasa memastikan keputusan peperiksaan mereka berada ditahap yang terbaik.

Cik Nor nak tanya bila kali terakhir anda semak keputusan peperiksaan anak anda. Bila pula anda berbincang dengan pasangan tentang keputusan peperiksaan anak? Apa tak pernah semak dan tak pernah berbincang. Biar betul? Jangan ambil ringan perkara ini kerana ianya melibatkan masa depan anak anda. Kalau dulu memang susah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak kerana perlu ke sekolah setiap kali peperiksaan diadakan. Sekarang tidak lagi dengan adanya pemeriksaan keputusan peperiksaan anak dalam talian. Tak percaya? Cuba semak disini: SAPS Ibu Bapa


Aplikasi ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak secara dalam talian.  Dalam sistem SAPS Ibu Bapa  ibu bapa boleh mengakses peperiksaan anak mereka dengan mudah bagi pelajar tahun 1 sehingga ke tingkatan 5.

Kalau dulu sebelum adanya sistem semak keputusan keputusan SAPS ibu bapa  memang agak rumit untuk menyemak keputusan peperiksaan anak. Ini kerana ibu bapa perlu ke sekolah memeriksa keputusan peperiksaan anak setiap kali habis musim peperiksaan. Untuk bertemu guru kelas bukannya mudah kerana ibu bapa perlu membuat temujanji terlebih dahulu, ini sangat memakan masa dan tenaga.



Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.

Untuk memeriksa secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan. Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang Cik Nor cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu kecewa sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi. InsyaAllah.

Opps...sebelum terlupa Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses secara dalam talian dan keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ini ialah keputusan setiap peperiksaan, darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan dikemaskini ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Sekiranya anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, harap anda prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Mohon kongsi artikel ini  dengan yang lain semoga ianya dapat  membantu lebih ramai orang mengetahui mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara dalam talian.

8 comments:

  1. Memang senang boleh check result direct online saja...

    ReplyDelete
  2. Makin mudah dah urusan ibubapa sekarang kan..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  3. saya pun check sini je..lebih mudah..

    ReplyDelete
  4. Walaupun ada saps, ibubapa masi perlu tandatangan salinan asal keputusan peperiksaan di sekolah utk rekod. Tapi mmg lebih mudah dgn adanya saps & kita dapat tahu keputusan lebih awal.

    ReplyDelete
  5. Mmg tengok dalam tu ajelah sekarang ni

    ReplyDelete
  6. sekarang sng je hujung jari semua... mcm kita dulu kena telefon hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...