Breaking News

Kronologi 3 | Kawan Datang Bercuti Di Kelantan


Assalamualaikum.

Lama kan nak tunggu Cik Nor sambung part 3. Hehe. Musim hujan kembali lagi kat sini. Line tenet pun macam suram sikit. Hehe. Alasan jer tu sebenarnya.😂😂😂. Padahal dia malas.

Hari ke 3 diorang kat sini sempat la bermain air banjir. Tengok kawan Cik Nor, Maya sempat lagi melawat kawasan. Ehem2.. solo lagi tu..kot ada yang nak berkenalan bagitahu Cik Nor. Kalau malu, email jer kat Cik Nor nombor contact nanti Cik Nor pass kat dia. Haha. Apa ko melalut ni Cik Nor oii.

Pagi sabtu ni diorang dah cuak. Sebab flight diaorang esok hari. Takut hujan tak reda jer. Tengok sawah tu sikit lagi nak jadi macam sungai. Masa banjir tahun 2014 tempat yang si Maya bergambar tu air nya mencecah paras pinggang.huhu. Pukul 12 tengahari kami bertolak ke Kota Bharu semula takut air makin naik menutup laluan keluar ke bandar.


Before balik ke Kota Bharu sempat lagi diorang bergambar dengan kak long dan mak Cik Nor. Cik Nor tak sempat dah nak join wefie sebab kalut dok fikir jalan boleh dilalui atau tidak. Asyik berfikir sampai telefon Cik Nor tertinggal kat kampung. Seminggu la dia berkampung.hehe.

Masa keluar tu air dah naik kat jalan raya. Rasanya dah mencecah suku tayar kereta tapi masih boleh di lalui lagi oleh kenderaan ringan. Dah sampai Kota Bharu Cik Nor telefon rumah bertanyakan telefon takut tercicir kat mana-mana, masa tu la kakak cakap jalan yang kami lalu tadi telah ditutup kepada kenderaan ringan. Alhamdulillah..nasib kami baik.


Sampai di Kota Bharu cuaca ok dan hujan pun tak de lah lebat sangat. Singgah rumah sewa dan solat zohor kemudian keluar semula ke Pasar Siti Khadijah. Diorang nak shopping sikit sebelum balik.  Berkampung kat pasar tu sampai pukul 4 petang rasanya. Hehe. Dia siap shopping lepak jap kat D'Apple Cafe..lama shopping perut pun dah lapar. Tak boleh lama-lama takut hujan turun lagi.

Lebih kurang pukul 5 petang balik ke rumah sewa. Rehat, lepak dan selepas solat isyak keluar semula ke Wakaf Che Yeh. Kat sini kami tak shopping pun just cuci-cuci mata jer. Kenapa tak shopping? Harga mahal dan memang tak boleh nak tawar. Huhu. Cik Nor yang memang anak jati Kelantan pun dah tak boleh tawar apa lagi orang luar macam kawan-kawan Cik Nor tu. Huhu. Kalau tak silap diorang just beli sabun kopi jer

Balik rumah dah pukul 12 tengah malam kot. Malam tu tahun baru so meriah la sikit kat bandar. Pergi makan kat kfc pun still ramai orang lagi.

Itu sahaja untuk part 3. Jumpa di part 4  yer. Hihi. Panjangnya Cik Nor mengarang malam ni. Jalan malas untuk membacanya.😀😀😀. Pstt..dua-dua kawan Cik Nor tu solo lagi. Ada yang berkenan tak?hiihi

6 comments:

  1. bestnya dapat main air banjir..dah lama tak merasa main air banjir dekat sawah..huhuhu

    ReplyDelete
  2. rindunya nk balik kelantan.. bln dpn kot.. skrg nie risau takut terperangkap banjir..

    ReplyDelete
  3. ada sekali ke dua kali penah sampai kelantan...sebab tak ada sedara-mara yang tinggal kat sana..semua ke belah2 utara kebanyakannya...

    ReplyDelete
  4. Sakan ek anak dara menyoping tak hingat dunia.
    Mmg tgh musim hujan ye Cik Nor nak buat mcm mana. Hujan hujan nak berjalan susah sikit kan

    ReplyDelete
  5. Wah... dapat merasa la air banjir kawan2 cik nor ni...

    ReplyDelete