KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, January 24, 2017

Final | Kawan Datang Bercuti Di Kelantan


Assalamualaikum.

Punyalah susah Cik Nor nak sambung  cerita ni. Kihkih. Peram dulu lama-lama baru best. Tak gitu ke kawan-kawanπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Entah teori mana Cik Nor guna tahu lah. Orang awal-awal lagi update bukan macam Cik Nor berbulan baru habis cerita.hehe

Hari terakhir diorang kat Kelantan, diaorang request nak breakfast kat Kopitiam Kita. Alaa..kopitiam yang tersohor bagi orang luar. Bagi kami orang Kelantan biasa jer. Sebenarnya, Cik Nor tak pernah sampai kat kopitiam ni. Pstt..jangan kecoh yer.. anak jati Kelantan tak pernah jejak Kopitiam Kita. Hehe. Masa nak g siap tanya kawan-kawan kat mana tempatnya. Siap kena pelik dan gelak lagi.haha. kata orang malu bertanya sesat jalan.kihkih

Nasib la tempatnya senang nak cari, kalau tak memang makan langsat di tempat sendiri la.haha. Masa keluar tu rasanya dah lewat dan dah lepas masa breakfast bagi orang Kelantan. Rupanya jangkaan Cik Nor meleset, masa sampai tu orang tengah ramai dan dan nak dapat parking pun susah. Nasib menyebelahi kami tengah gaduh-gaduh car parking ada hamba Allah yang keluar dari parking. Alhamdulillah.

Parking dah dapat, masuk dalam tak de meja pulak. Dah habis cari still tak ada jugak. Last kawan Cik Nor decide untuk tumpang kat meja brother yang dok berseorangan. Tebalkan muka jer la duduk semeja dengan orang tak dikenali.hehe. Service dia memang tip top kejap jer sampai. Yang perlu order cuma roti titab dan air sahaja. Lain-lain menu boleh ambik sendiri mengikut citarasa kita. Macam-macam makanan ada antaranya nasi impit dengan satey, nasi tumpang, nasi lemak, nasi air dingin, kuih-muih dan macam-macam lagi.

Harga boleh tanya jugak. Hehe. Tiga orang makan hampir RM50.00. Kami just makan roti titab, nasi tumpang, nasi lemak, nasi impit dan satay, kuih-muih dan air. After breakfast kami singgah sekejap kat Pasar Siti Khadijah untuk last shopping. Just pusing-pusing sekejap sebab kawan Cik Nor tak packing barang lagi. Lama kat pasar kan ada yang terlepas flight. Hehe. Alhamdulillah cuaca elok hari ahad tu.


Dah balik pack barang ingat tengahari nak lunch kat Nasi Ulam Cikgu. Bila tanya masing-masing full lagi maka tak jadi la lunch kat sana. Lebih kurang pukul 3.00 petang kami ke airport, mana tahu kot jalan jem. Tapi clear sangat hari tu. Jadi awal lah diaorang sampai sana. Baik awal dari terlewat. Hehe. Sian korang kena melepak lama kat airpot tu. Dah la flight delay hari tu. Nanti datang lagi yer..kita makan kat nasi ulam Cikgu pulak yer. Miss u allπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

8 comments:

  1. Pergi ke pantai timur kalau tak kenyang memang tak sah kan:)

    ReplyDelete
  2. huwaaaaa rindu nak balik klate sobs sobs

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba makan nasi tumpang...kena cari kt KL ni dok mana nasi tumpang hehe

    ReplyDelete
  4. Teringinlah nak gi Kelantan makan makan mcm kawan Cik Nor tu. Balik KL sure berat naik hihi

    ReplyDelete
  5. terkenal sebabkan roti titab tu kot.. husna yg jauh di utara ni pon teringin jugak nak rasa.. rasa sekali buat lepas teringin cukup laa hihihi..

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah lagi sampai kelantan... 1 fine day insyaAllah.. sedap2 bunyi menunya... haih!

    ReplyDelete
  7. tmpt yg mmg sy nk pergi kalau ada kt KB nnt... kopitiam kita dg ada satu gerai jual kuih akok panas2... nnt cik nor bw ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...