CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BAWA KEMERIAHAN BUDAYA MALAYSIA KE PENTAS PERMOTORAN DUNIA
Tourism Malaysia bakal menganjurkan Citrawarna Speed Festival 2026 dari 23 September hingga 4 Oktober 2026, menggabungkan kebudayaan Malaysia dengan keterujaan daripada sukan permotoran dunia. Festival inibakal menampilkan pameran kebudayaan, tarikan berinspirasikan sukan permotoran dan pengalaman interaktif kepada orang ramai sebagai sebahagian daripada Kempen Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027).

Acara
tersebut bakal berlangsung di beberapa lokasi terpilih, termasuk IOI City Mall
Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan
Hotel Sama-Sama, dengan menampilkan dua komponen utama: Colours of Speed
dan Colours of Art & Culture, di samping pelbagai aktiviti sampingan
yang dijadualkan untuk dipersembahkan di semua lokasi terlibat.
)
Selain
itu, festival ini turut mengetengahkan kepelbagaian budaya Malaysia menerusi Colours
of Art & Culture, yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan,
muzik dan tarian, di samping pameran kraf tangan serta aktiviti interaktif yang
mencerminkan keunikan tradisi dan komuniti dari seluruh negara.
Kemuncak
program kebudayaan pula ialah Colours of Parade, yang menghimpunkan
seramai 1,500 penari dan penggiat seni budaya daripada pelbagai wilayah dan
komuniti di seluruh Malaysia. Perarakan ini akan menampilkan muzik tradisional,
tarian, peragaan busana berwarna-warni serta pelbagai persembahan kebudayaan,
sekali gus menjadi wadah untuk mengetengahkan kekayaan dan kepelbagaian warisan
budaya Malaysia kepada pengunjung.
Citrawarna
Speed Festival 2026 disokong oleh rakan strategik termasuk Yes Travel
& Holidays Sdn. Bhd., IOI Properties, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara (JKKN), Istana Budaya, Kraftangan Malaysia, Hotel Sama-Sama, Malaysia
Airports Holdings Berhad (MAHB), SNS Network, SDeal Malaysia Sim Racing &
Motorsport dan HP, antara lain.
Melalui penganjuran Citrawarna Speed
Festival 2026, Tourism Malaysia berhasrat memanfaatkan daya tarikan sukan
permotoran sebagai platform untuk menarik lebih ramai pelawat, khususnya dari
pasaran antarabangsa, di samping memperkenalkan pengalaman budaya Malaysia yang
unik dan kaya kepada pengunjung. Usaha ini selari dengan prestasi positif
sektor pelancongan negara apabila Malaysia merekodkan 21.1 juta ketibaan
pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, meningkat 2.5 peratus
berbanding 20.6 juta ketibaan dalam tempoh yang sama pada 2025.
Penganjuran acara berasaskan
pengalaman seperti ini diharap dapat terus memperkukuh daya tarikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan gabungan unik antara sukan,
hiburan dan kepelbagaian budaya. Festival ini dijangka turut merancakkan aktiviti pelancongan serta
membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada komuniti setempat, di samping
memupuk apresiasi terhadap warisan dan budaya Malaysia. Penganjuran ini sekali
gus menyumbang kepada usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang dinamik, berdaya saing dan kaya dengan pengalaman.
Maklumat lanjut mengenai Colours of Parade akan diumumkan dari semasa ke semasa, manakala peraturan pertandingan, syarat penyertaan dan pendaftaran, jadual serta terma dan syarat akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi Citrawarna Speed Festival.

No comments