Kacau Bubur Asyura
Assalamualaikum
Lama giler rasanya tak menulis pasal diri sendiri dalam blog. Al-maklum lah empunya blog busu mengalahkan menteri. Oleh kerana ada idea lebih maka Cik Nor kongsilah aktiviti Cik Nor dalam bulan Muharram yang lepas.
Walaupun bubur Asyura ni dah lama nasi tapi cerita tak basi kan?hehe. Sebenar keluarga Cik Nor dah lama betul tak.buat bubur Asyura ni, sejak arwah mak ada pun kami tak buat sebab kengkangan kewangan yer jugak. Satu lagi tenaga pengajarnya yang tak ada.
Teringat kat arwah mak suka sangat makan bubur Asyura Kelantan dan suka bersedekah, maka kami adik beradik nekad untuk buat juga pada tahun walaupun tenaga pengacau tak ada. Buat bubur ni tak rumit mana yang buat ramai orang tak nak buat sebab kena kacau lama. Letak atas dapur pagi-pagi lagi, nak masuk waktu Asar baru boleh angkat.
Part beli bahan-bahan Cik Nor on sahaja, tapi bab mengacau memang Surender weh. Berketul lengan dibuatnya, orang g gym pun kalah bila kena kacau bubur ni.
Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kerajinan kami adik beradik, masak jugak bubur Asyura kami satu kawah. Sebenarnya ada jer cerita berteka sebab tangan lenguh tapi itu wayang jer.haha.
Walaupun tak ada pengalaman membuat bubur Asyura sendiri tapi bubur Asyura kami dapat pujian paling sedap diantara jiran-jiran yang buat. Ada yang terlebih masin, ada yang kurang lemak. Bubur Asyura kami paling cukup rasa. Hehe
Cukup setakat ini entry tak seberapa ni. Jumpa lain entry ya ☺️


Alhamdulillah ..bubur asyura..juadah tradisional ..selalu dibuat dan boleh diberi sebagai amal jariah..tahniah blog kemaskini..teruskan usaha
ReplyDeleteWahhh..Meriah..Tp sy jarang mkn bubur asyura..Bubur lambuk selalu =)
ReplyDelete