Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara
Gabungan lazat mi segera dengan keenakan krim carbonara pasti kan mentakrifkan semula pengalaman anda. Dengan terciptanya produk ini, kini mudah untuk anda menikmatinya kerana ia didatangkan dalam bentuk zip pek dan mudah untuk dimasak di mana sahaja anda berada.
Keju yang berkualiti tinggi dan gabungan herba serta rempah ratus tempatan digunakan untuk membuat Vit's Italian Mi Goreng Carbonara. Disediakan menggunakan campuran herba, rempah tempatan dan keju. Mi Goreng Carbonara sedap apabila ia masih hangat dan harus dihidangkan segera untuk mengekalkan teksturnya yang berkrim. Ianya adalah hidangan yang popular dan digemari ramai kerana dianggap salah satu hidangan mewah.
Dengan menggunakan 400ml air masak, anda boleh hidangkan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara dengan sepantas 4 minit. Pembungkusan Zip pek ini sesuai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja, mereka yang suka melancong dan mereka yang tidak mampu menghabiskan masa berjam-jam untuk memasak.
Vit;s ialah salah satu jenama tempatan pertama yang mencipta siri Itali seperti Carbonara, Bolognese dan Aglio Olio. Lebih mudah untuk meletkakan produk segera atau sedia untuk dimakan kerana hanya mengambil masa yang singkat dan lebih mudah untuk menarik orang ramai membeli produk ini kerana Zip Pek Mi Goreng Carbonara adalah pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mencuba makanan segera.
Cara Penyediaan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara.
Langkah pertama
- Koyakkan garis pertama untuk membuka pek
Langka kedua
- Tuangkan 400ml air mendidih ke dalam pek sehingga menutupi mi zan zipkan, biarkan selama 4 minit sehingga mi lembut.
Langkah ketiga
- Koyakkan garis kedua untuk membuang air.
Langkah keempat
- Masukkan serbuk perencah, minyak perasa dan ramuan tambahan ke dalam pek dan gaulkan dengan mi sehingga sebati. Vit's Italian Mi Goreng Carbonara sedia untuk dihidangkan.
Produk ini boleh didapati di pasaraya Aeon dan online store Shopee, Lazada dan Tiktok dengan hanya Rm3.94.
wahhh selera western gituuu
ReplyDeleteVit's yang ni lagi mudah.. boleh bancuh dalam plastik tu je kan
ReplyDeleteVit's yang ni lagi mudah.. boleh bancuh dalam plastik tu je kan
ReplyDelete