Breaking News

Akhiri 2023 dengan 'Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.

 

Menjelang penghujung tahun, destinasi sehenti kegemaran Malaysia untuk keperluan perkakas rumah mampu milik, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] mengadakan inisiatif 'Jualan Mega Akhir Tahun' (YES) yang berlangsung sepanjang Disember, menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk.

Pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk F&B dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian di mrdiy.com.my. Antara tawaran yang menarik adalah produk berikut; peneduh matahari statik [2's] [38cm x 44 cm] - berharga RM3.50 (Harga Biasa: RM5.30). Pelekat dinding dapur [90cm x 60cm] - pada RM2.30 (Harga Biasa: RM3.50). Pembersih pelbagai permukaan DETTOL [lavender/citrus - 1.5L + 500ml] - boleh didapati pada harga RM14.90 [Harga Biasa: RM18.30].

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh, berkata “Sebagai peruncit perkakas rumah, kami tidak berbelah bahagi dalam komitmen kami untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan nilai yang luar biasa. Jualan Mega Akhir Tahun kami bukan sekadar inisiatif biasa—ia adalah sambutan untuk penjimatan. Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai yang luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada "Always Low Prices".

Berita baik kepada para pelanggan Kumpulan MR D.I.Y.. Mereka yang layak menebus RM100 eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40 dan menikmati pulangan tunai RM2 apabila mereka menggunakan fungsi “Pay”  Touch ‘n Go eWallet di MR D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY yang mengambil bahagian.

Rebut peluang untuk menambah barangan keperluan, menghias semula ruang rumah dan menyambut tahun baharu dengan penjimatan dengan Jualan Mega Akhir Tahun MR D.I.Y.! Untuk maklumat lanjut, lawati laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan media sosial -  Facebook, Instagram, and TikTok.

9 comments:

  1. Boleh terjah mr diy ni... Sana barang best2

    ReplyDelete
  2. Macam tahu tahu je saya nak pergi DIY cari brang2 rumah hahaha…

    ReplyDelete
  3. harap2 ada usahawan yg nak buka cawangan DIY di Machang jd x perlu lagi penduduk Machang nak ke Tanah Merah...

    ReplyDelete
  4. Macam2 lah jualan nya tuuu
    Mesti sakan shopping nanti

    ReplyDelete
  5. Kalau nak pergi ni kena tanpa pengetahuan anak bongsu saya ni.. hahaha..

    ReplyDelete