Breaking News

Persekolah Normal Baharu, SAPS Ibu Bapa Jadi Pilihan

Mesti ramai yang tahu seisi persekolah 2022 akan dibuka tidak lama lagi. Ibu bapa dan anak-anak asyik dok bercakap pasal persediaan untuk masuk semula ke sekolah. Banyak perkara yang harus difikiran antaranya pakaian, buku-buku, alat tulis sehinggalah tentang peperiksaan. Bila sekolah di zaman norma baru banyak benda baru yang mesti di pelajari termasuklah SAPS Ibu Bapa.

Apakah itu saps ibu bapa? Mengapa ramai memperkata tentang ia. Moh la Cik Nor terangkan serba sedikit SAPS ini. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna kepada ibu bapa dan juga anak-anak diluar sana terutamanya di Malaysia. Aplikasi ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak secara dalam talian.  Dalam sistem SAPS Ibu Bapa  ibu bapa boleh mengakses peperiksaan anak mereka dengan mudah bagi pelajar tahun 1 sehingga ke tingkatan 5.


Cik Nor nak tanya bila kali terakhir anda semak keputusan peperiksaan anak anda. Bila pula anda berbincang dengan pasangan tentang keputusan peperiksaan anak? Apa tak pernah semak dan tak pernah berbincang. Biar betul? Jangan ambil ringan perkara ini kerana ianya melibatkan masa depan anak anda. Kalau dulu memang susah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak kerana perlu ke sekolah setiap kali peperiksaan diadakan. Sekarang tidak lagi dengan adanya pemeriksaan keputusan peperiksaan anak dalam talian. Tak percaya? Cuba semak disini: SAPS Ibu Bapa

Anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua anda berada. Dengan adanya kemudahan seperti ini  anda prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Mohon kongsi artikel ini  dengan yang lain semoga ianya dapat  membantu lebih ramai orang mengetahui mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara dalam talian.

4 comments:

  1. semasa covid ni SAPS x diaktifkan penggunaannya sbb tiada exam bersemuka kecuali utk F5 aje.

    ReplyDelete
  2. mudah ada applikasi macam ni untuk parents semak keputusan periksa anak-anak..

    ReplyDelete