Breaking News

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang

 

Sinopsis Sayang Tak Dikenang

Mengisahkan Ayu Izhani (Ruhainies) dan Hattin Isabella (Ezzanie Jasny), dua pupu yang bersahabat baik walaupun keluarga mereka tidak rapat. Mereka belajar di kolej yang sama. Setelah mendapat kerja, mereka tinggal di rumah sewa yang sama. 

Ayu dan Hattin berkenalan dengan lelaki yang sama tetapi nama yang berbeza. Raqib Tafzani (Fadlan Hazim) memperkenalkan dirinya sebagai Raqib kepada Ayu manakala Hattin mengenalinya sebagai Tafzani. Ayu mula terbuka hati untuk menerima Raqib yang rajin melayan keluarganya. Ibu Ayu mendesak Ayu supaya menerima Raqib sebagai suami.

Hattin mendapat berita bahawa tunangnya, Omar curang dengan perempuan lain. Lebih teruk, Omar bertukar menjadi panas baran dan bersikap kasar dengan Hattin. Hattin merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Ayu. Tafzani cuba menggoda Hattin selepas mendapat tahu dia telah putus tunang. Hattin mula dibuai dengan perasaan bahagia ketika bersama dengan Tafzani.

Raqib ingin membatalkan perkahwinan dengan Ayu tetapi majlis terpaksa diteruskan apabila keluarga Raqib yang menetap di luar negara telah sampai di Malaysia. Di majlis perkahwinan itu, Hattin terkejut melihat Tafzani adalah suami kepada Ayu. Lantas, Hattin terus meninggalkan majlis tersebut. Selepas berkahwin, sikap Raqib berubah dari seorang penyayang menjadi suami yang dingin kepada Ayu. Raqib tidak menyentuh Ayu dan mula menunjukkan kebencian. 

Pada masa yang sama, Raqib masih tidak berputus asa untuk memikat hati Hattin. Selepas mengetahui tentang kisah silam keluarga mereka, Hattin mengambil kesempatan ini untuk menyakitkan hati Ayu kerana mahu membalas dendam untuk neneknya. 

Fadlan Hazim, Ruhainies, Ezzanie Jasny, Mak Engku Fridah, Shamshul Danish, Mahmud Ali Bashah, Fazlina Ahmad Daud, Manan Sulaiman, Ainina Ahmad, Jasmine Ashraff, Alif Muhaimin, Sera Melissa, Andy Teh, Fad Anuar, Syafnida Shuhaimi, Riz Amin, Kak Girl, Meor Mohd, Mimie Amirah, Faizul Syaharin, Tengku Tieya Zue

3 comments:

  1. wah rumitnya cerita.. lama dha tak layan drama Melayu

    ReplyDelete
  2. Kadang2 tertengok gak cerita ni ni kat TT..Nyampah dengan si Hattin tu..Overr padahal dia yang amik laki Ayu...

    ReplyDelete