Breaking News

The Koppi | Tradisional, Organik Dan Artisan


The Koppi

Assalamualaikum...

Pagi-pagi korang suka makan apa ya? Nasi lemak dengan teh tarik? Roti canai dengan milo? Macam-macam kegemaran di pagi hari. Tapi ada sesetengah orang memang tak boleh berpisah dengan kopi. Setiap pagi kalau tak pekeba kopi memang tak lengkap hidup. Betul tak korang yang gemar kopi?

Macam Cik Nor gemar minum kopi tapi hanya minum dihujung minggu sahaja. Mesti korang tertanya--tanya kan? Kopi boleh buat Cik Nor tak tidur sampai pagi. Tapi kan, kopi yang Cik Nor nak perkenalkan kat korang ni boleh buat Cik Nor tidur lena walaupun minum diwaktu malam hari bekerja.

The Koppi

Mesti ramai yang kata, aghh..menipu lah Cik Nor ni. Mana ada kopi boleh buat tidur lena. Apa kata korang baca dulu kelebihan kopi  dari The Koppi ni. Lepas ni baru korang komen yer.

The Koppi dihasilkan secara ekslusif secara organik. Organik bermaksud tiada baja atau racun kimia digunakan. Baja atau racun dihasilkan sendiri oleh pemilik menggunakan bahan-bahan seperti kulit telur, bawang putih, gula merah, pisang dan macam-macam lagi. Buah kopi dipetik segar satu persatu menggunakan tangan atau dalam bahasa inggeris di sebut handpicked.  The Koppi tersangat istimewa kerana keluarannya agam terhad setiap musim.

Buah kopi segar dari ladang

Kualiti The Koppi memang tersendiri atau artisan kerana ianya dipanggang sendiri. Hebat kan? Kita tahu bancuh dan minum jer, cara pembuatan jarang sekali kita ambik tahu.  Cara tradisional yang digunakan oleh The Koppi menghasilkan rasa yang unik, betul-betul rasa kopi sebenar.

The Koppi juga bebas dari bahan kimia dan bebas dari bahan tambahan seperti marjerin, gula, garam, bijan, gandum, arang tempurung kelapa dan macam-macam lagi. Pernah dulu buat kopi, tengok air kopi tu macam berminyak. Ingat cawan tu cuci tak bersih, rupanya ada bahan tambahan dalam kopi tersebut. 

Pemilik bersama pokok kopi

Paling menarik tentang The Koppi ialah rendah kandungan kafein, tidak menyebabkan sakit kepala, sakit perut atau migrain, mual, badan atau alah kafien. Pecinta kopi tak perlu risau dengan The Koppi yer. Semuanya dijamin terbaik.  The Koppi tidak berketul walau disimpan lama. Kopi bertaraf antarabangsa tapi citarasa tempatan. Macam mana tu? Walaupun The Koppi dihasilkan di kampung tapi aromanya luar biasa, bila diolah menjadi latte atau mocha terus menjadi standard antarabangsa.

Robusta atau liberica. Cer teka. Hehe


Banyak betul kelebihan The Koppi ni. Tapi ada lagi kelebihan lain tau.

1. Sesuai untuk diminum secara harian.
2. Menyegarkan badan yang lesu.
3. Bebas bau dalam air kencing.
4. Diproses sendiri bukan OEM menyebabkan anda tidak akan beralih kepada kopi lain
5. Menjadi pilihan ibu-ibu didalam pantang.
6. Menjadi milkbooster kepada para ibu
7. Tidak memerlukan serbuk yang banyak bagi setiap bancuhan.
8. Dapat menikmati kopi berkualiti setaraf golongan bangsawan.

Biji kopi dipetik segar dari ladang

The Koppi menjadi pilihan kerana rasanya yang lebih kaw dan kuat serta umphh. Ia sesuai untuk ditambah susu segar atau susu cair. Kalau Cik Nor suka letak susu pekat. Ada manis dan kaw kopi memang terangkat bila menikmatinya. Bagi peminat Latte atau Mocha ini lah kopi pilihan anda.

  Biji kopi yang telah siap dibersih

Mesti ada yang tertanya-tanya dimana kopi ini dihasilkan. The Koppi di hasilkan di Sungkai, Perak. Niat untuk membantu bapa dan belajar cara buat kopi secara suka-suka akhirnya berkembang menjadi peniagaan yan mula dikenali ramai. Kita patut berbangga kerana The Koppi dihasil oleh orang melayu beragama islam dan kita tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk dari The Koppi.

Biji kopi yang telah dijemur dan dipanggang

Untuk maklumat lanjut tentang The Koppi apa kata korang lawati : 

Instagram : THEKOPPI
Facebook : THEKOPPI
Email : thekoppi@yahoo.com
Whatsapp : 018-9235644

12 comments:

  1. memang fav sha kopi ni..dpt cicah2 kepok..aumm

    ReplyDelete
  2. Apa pun minum....kopi, milo, teh semua pun minum cik Nor. Tulah org cakap kalau munum kopi mesti tak boleh nak tido kan. Entahlah....rasanya sama je minum kopi ke tidak, boleh je tido hihi...

    Penggemar kopi mesti suka yg healthy mcm ni kan

    ReplyDelete
  3. saya coffee lover...kena try minum coffee The Koppi ni.

    ReplyDelete
  4. gee suka kopi susu..sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  5. Kopi ni memang sedap. Moha suka buat kopi ais. Minum waktu panas mmg syok

    ReplyDelete
  6. Cik Nor tak tipu... betol mmg sedap kopi ni

    ReplyDelete