Breaking News

Tak De Yang Nak Sponser Cik Nor Bercuti?

Image result for icon travel
Ehsan Pakcik Google

Assalamualaikum....

Wee...malam tadi ingat nak updates blog tapi penat punya pasal tak terjadilah entry untuk malam tadi.hehe. Sekarang Cik Nor banyak updates blog waktu malam kerana idea nak menulis datang mencurah-curah bagai air terjun Gunung Stong. Eh..menipu lah tu..

Tengok tajuk pun orang dah menyampah. hihi. Boleh pulak dia tanya ..tak de ke orang nak sponser Cik Nor bercuti. Sapala nak taja ko Cik Nor. Bukan blogger femes pun ko. Blogger hidup segan mati tak mahu adalah. Sudah-sudahlah merapu Cik Nor. Kan lari pulak pembaca setia blog ko ni.

Tajuk kat atas tu tercipta bila Cik Nor jeles dengan blogger yang pergi bercuti. Buka facebook, orang tu pergi bercuti, buka instagram pun sama. Aduh..jelesnya tengok diaorang. Bila lah Cik Nor boleh ikut jejak langkah diaorang tu pergi bercuti. Asyik kerja jer Cik Nor ni. Masa Cik Nor menulis entry ni Cik Nor berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Boleh la lari sikit dari stress dipejabat.

Kalau dapat g ke pulau kan best. Tapi fulusnya tidak mengizinkan.huhu. Andai lah ada yang sudi taja percutian Cik Nor alangkah bagusnya. Cik Nor just bawa badan jer. Lain-lain semua di taja. Amboi Cik Nor kemain lagi berangan. Ingat ko tu blogger retis ke?

Taja bukan sebarang taja tapi taja yang membuahkan kan hasil yang lumayan. hehe. Tak lumayan macam mana. Dah balik bercuti mesti kena buat review.Orang dah sponser confirmlah kita kenalah promote dia balik.Tak gitu kawan-kawan semua?

Layanlah entry syok sendiri Cik Nor. Harap korang tak muntah hijau baca entry Cik Nor kali ini.hihi. Kepada yang nak taja percutian Cik Nor jangan lupa email kat Cik Nor. detail yer.hehe.

5 comments:

  1. Asalam Cik Nor..semoga bahagia ya

    ReplyDelete
  2. kan best ada orang sponsor bercuti kan...memang syok cik nor

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..sama2 kita berdoa mana tahu dapat tajaan p obersea kea..Aamiiin! (kalau takde teman ajak ler murni sekali yer)

    ReplyDelete
  4. Mmg le best .....sapalah yg tak suka weyh. Berjalan namanya. Tp ada ke?. Kalau ada best jugak tu. Jangan lupa hakak ye Cik Nor

    ReplyDelete