Breaking News

Cik Nor Dah Pasang Coway, Anda Bila Lagi?


Assalamualaikum..

Perghh..tajuk memang tak henggat. Ingat murah ke nak pasang penapis air coway tu? Acah-acah banyak duit Cik Nor ni.haha

Sebenarnya ada cerita disebalik pemasangan penapis air coway ni. Setiap minggu Cik Nor akan ambik air kat mesin penapis air. Botol pulak tak banyak. Haishh susah lah. Takat 5 botol besar tu lama mana sangatla bertahan. Kat rumah Cik Nor tu ramai mana cukup. Cian pulak kat mak Cik Nor nak sejuk air dalam pemanas air 24 jam tu. Paling banyak air boleh sejuk kan satu jag jer. Lepas tu kena masak yang baru pulak. Kan banyak-banyak masak air ada jugak yang meletup pemanas air tu. Nauzubillah.

Aishh..tak boleh jadi ni. Kena cari alternatif..macam mana nak jimat dan selamat. Mesin penapis air tu kadang-kadang takut dia tak servis. Minum air paip jer la kita. Cik Nor pun ada penyakit M. Hehe. Dah lama berangan nak pasang penapis air coway ni tapi survey harga mahal sangat.

Macam orang mengantuk di sorongkan bantal. Kawan Cik Nor tanya nak pasang penapis air coway tak? Harga dia boleh tahan murah jugak. Tak fikir panjang dah Cik Nor terus grab peluang keemasan ni. Bayaran ansuran sebanyak RM95.00 sebulan. Murah ke mahal?




Tengok la tu model penapis air coway Cik Nor. Dia lah orang yang pali exsaited bila Cik Nor pasang penapis air ni. Habis semua orang dia nak cerita. Layan jer la dik. Hihi. Kepada yang berminat nak dapat penapis air coway ni jangan lupa contact Cik Nor.

12 comments:

  1. nad teringin gak pasang tapi tak cukup duit

    ReplyDelete
  2. Memg mhl brand coway, kitaorg da juga psg tpi jenama lain.

    ReplyDelete
  3. teringin pasang penapis air

    Regards
    Budy | Travelling Addict
    www.travellingaddict.com

    ReplyDelete
  4. memang bagus coway nie, ada siap2 air sejuk dan panas. sejak pasang coway kat rumah, makin rajin pulak minum air kosong. lebih menyihatkan. :D

    ReplyDelete
  5. wahh teringin gak nak pasang.. senang dan tjaga kualiti airnya...


    http://yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. abe psg jenama biasa je. rm1500...

    ReplyDelete
  7. Sy guna Cuckoo...hehe. Skrg bukan setakat faktor penyakit 'M' tu je Cik Nor, tp sbb kualiti air yg x berapa baik skrg. Mmg wajib guna penapis air...

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete
  8. nk psang tp umah skrg bkn umah sy ;-(

    ReplyDelete
  9. Entahlah Cik Nor...Hakak tak Coway, so tak tau nak cakap murah ke mahal. Senanglahkan.... tadah cawan je haha...

    ReplyDelete
  10. Sy pun teringin jg nak psg. Tp mahal juga kan. Rasanya kat rumah parents sy pun 100 lebih juga bulanan... tp takpelah sbb tu semua utk kesihatan juga kan. Yg ciknor byr rm95 tu utk selamanya ke atau sewa beli tu ciknor? Sy xtau sgt coway ni hehhee

    ReplyDelete