Breaking News

Krisis Air Memang Menyiksakan

Sumber gambar dari pakcik google


Assalamualaikum...

Ingat malam tadi nak updates blog tapi banyak hal punya pasal terpaksa jugak sekang mata jap untuk menulis entry tak seberapa ni. Jeling pageview nampak dah turun.hehe

Berbalik kepada tajuk, Cik Nor ingatkan negeri luar jer ada krisis air. Rupanya Kelantan pun sama. Sekejap ada sekejap tak ada. Kalau ada, airnya hanya Allah yang tahu. Airnya kuning macam air sungai. Macam air teh yang belum dimasukan susu begitulah ibaratnya.

Pagi semalam punya cerita, bangun solat subuh tiba-tiba air slow dan terus tiada. Turun bawah ambik wuduk, kemudian turun balik nak masak bekal. Rilek jer masak bagi orang lain mandi dulu. Sampai turn Cik Nor air tangki habis. Adoii..lama gak fikir..sekali baru teringat paip air kat luar rumah. Pergi buka ada  air walaupun perlahan. Awal-awal lagi dah mention officemate takut lambat masuk pejabat sebab nak tunggu air penuh 1 baldi lama jugak. Nak g mandi kat pejabat kunci pejabat kat orang lain. Bertabahlah menunggu air penuh 2 baldi.

Saat beginilah baru Cik Nor tahu perasaan orang yang tempatnya selalu tiada air. Memang amat menyiksakan. Nasib rumah 1 tingkat, kalau dok flat memang menangis la. Oleh yang demikian jimat lah air selagi boleh. Pesan khidmat masyarakat ini khas dari Cik Nor untuk pembaca blog tersayang😊.

14 comments:

  1. Hihi..tulah..nak mandi payah..semua payah

    ReplyDelete
  2. Anak kakak duduk di MRSM Mersing pun selalu ketandusan air. Boleh katakan tiap minggu kakak ke sana bawa baju kotor ke dobi. Kesian sebab nak mandi turun 3 tingkat kena ambil air yg ditadah.

    Susah kalau ada masalah air kan Nor.

    ReplyDelete
  3. part tak da letrik, masih jugak kita boleh bertahan. kalau air yang tak da boleh jadi serba tak kena hidup dibuatnya. Sabar ya NN

    ReplyDelete
  4. abam kie dah lama guna air boring sbb air paip kerajaan slow sgt!

    ReplyDelete
  5. http://belogs.blogspot.com/ singgah dari Segmen Nak URL Blog #26 Mia Liana

    ReplyDelete
  6. air memang sangat penting.... memang seksa kalau takde air... huhuhu

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  7. Yes, mmg boleh meroyan bila xde air ni πŸ˜…

    ReplyDelete
  8. Yes, mmg boleh meroyan bila xde air ni πŸ˜…

    ReplyDelete
  9. air tu keperluan hidup.. mmg kalau xde sangat bermasalah..

    ReplyDelete
  10. yup kalau takde letrik boleh gagah lagi..takde air naya wooo

    ReplyDelete
  11. yup kalau takde letrik boleh gagah lagi..takde air naya wooo

    ReplyDelete
  12. Cik nor tempat mak pun tak de air jugak start pagi ni....huhuhu....perit weyh

    ReplyDelete
  13. Kalau xde air memang ler susah sangat ... Mandi tu boleh ler ditunda-tunda skit ... Kalau nak membuang cam ner nak tahan ??? ...

    ReplyDelete