Breaking News

Oochid Bistro - Food Review

Mee Goreng Mamak
 
Assalamuaikum..

Nampaknya puasa tahun ni penuh gambar makanan di entry Cik Nor. Sebelum tiada gambar makanan kalau bulan puasa. Nak buat macam mana nak kosong kan gallery untuk gambar raya pulak.hehe. Melampau lah tu kan. Sebenar banyak gambar g makan tempat-tempat best tapi tak sempat review. Jangan salah sangka yer. Review ni sendiri yer tiada bayaran. Kot-kot la ada yang kata review berbayar ke macam ni? Ohh..tidak ni review dari Cik Nor sendiri yer.

Cik Nor g makan  kat Oochid Bistro ni sebelum puasa lagi. Masa g window shopping kat Aeon Mall Kota Bharu. Cess.. macam banyak duit kan selalu g situ. Window shopping boleh la. Nak shopping memang tak mampu la hakak..hehe. Penat window shopping baru teringat nak makan. Masa tu dah pukul 9.30mlm kot. Baru terhegeh-hegeh nak cari tempat makan. Last-last pilih bistro ni. Malam tu Cik Nor makan mee goreng mamak dan air soya cincau. Mee goreng mamak dia sedap cuma tak pedas la. Kalau pedas memang terangkat la.hehe  
 Air Soya Cincau

Air soya cincau dia sedap sangat. Tak manis sangat. Sedang-sedang sahaja orang kata. Yang penting cincau dia banyak tau..hehe. Harga dia tak mahal dan tak murah standard kopitiam la. hehe. Kalau tak salah mee goreng mamak tu harga dia RM7.98 dan air soya cincau tu RM4.98. Murah ke mahal korang kata?
 

Sempat ambik gambar tisu sebagai bukti Cik Nor dah pernah makan kat sini. Oochird Bistro ni menunya lebih kepada western. Tapi kalau nak makan makanan tempatan pun ada jugak. Makanan western dia best sebab ada pilihan nak grill or goreng. My housemate ramai yang pilih grill sebab dia banyak minya dan baik untuk kesihatan. Kepada yang ke Aeon Mall Kota Bharu dan tak tahu nak makan kat mana. Singgah la sini..memang tak mengecewakan. 

6 comments:

  1. igt kn td orchard bistro nama hmpr2 sm ;-)

    ReplyDelete
  2. tak sampai lagi ke AEON Mall KB..balik raya ni kena singgah laa tengok..window shopping : )

    ReplyDelete
  3. Pernah gak majan kat Orchid ni. Boleh tahan sedap gak food dia kan cik Nor...

    ReplyDelete
  4. Pernah gak majan kat Orchid ni. Boleh tahan sedap gak food dia kan cik Nor...

    ReplyDelete