Breaking News

Dress Formal Ke Pejabat

Assalamualaikum


Tengok dress yang dijual kat butik-butik atau kedai- kedai online alahai berkenannya. Semuanya cantik-cantik dan sesuai untuk dipakai ke pejabat. Aishh..berangan jap pakai dress pergi pejabat. Mesti satu pejabat melihat perubahan Cik Nor.


Sudah-sudahla berangan tu Cik Nor, meh Cik Nor kongsikan dress yang sesuai untuk dipakai ke pejabat. Bagi wanita yang bertudung, pemakaian dress Muslimah untuk ke pejabat merupakan satu alternatif yang cukup bijak dan bergaya. Bukan sahaja sipemakai akan kelihatan sopan dengan memakai koleksi maxi dress yang berpotongan loose, ia juga memberikan penampilan yang lebih feminine daripada pemakaian kemeja dan seluar slacks. 


Berikut merupakan 4 jenis maxi dress yang boleh anda jadikan sebagai formal dresses  untuk ke pejabat atau digayakan ke majlis rasmi yang lainnya;


Flare Dress
 
Bagi anda yang menggemari potongan dress yang kembang, koleksi flare dress merupakan jenis gaun yang paling sesuai untuk anda gayakan ke pejabat. Potongan dress yang kembang di bahagian pinggul ini sesuai digayakan oleh wanita tidak mengira bentuk tubuh badan.


 Jubah moden


Begitu juga dengan rekaan jubah moden terbaru yang mempunyai potongan seakan-akan dress labuh seperti berikut. Rekaan jubah moden yang sopan ini amat sesuai digayakan oleh wanita berhijab yang ingin kelihatan bergaya di pejabat.








Kaftan



Bagi wanita yang lebih mementingkan keselesaan pula, koleksi kaftan seperti gambar berikut merupakan alternatif koleksi dress yang juga boleh anda gayakan ke pejabat. Rekaan kaftan yang loose dan menjanjikan anda tahap keselesaan yang optimum!






Lace Dress


Bagi wanita yang ingin tampak elegan di pejabat pula, anda juga boleh memilih untuk menggayakan koleksi lace dress seperti berikut sebagai pakaian formal ke pejabat. Penambahan fabric lace ini menjadikan koleksi dress tersebut lebih menyerlah dan sesuai digayakan kemajlis-majlis istimewa yang lain.



Ok. Macam mana berminat tak nak pakai dress formal yang Cik Nor kongsikan kat atas tu ke pejabat. Cik Nor yakin semua yang ingin kelihatan cantik bila ke pejabat. Korang semua jangan bimbang teknologi dihujung jari. Tak payah susah nak  ke mana-mana butik. Cuma klik link Cik Nor bagi tu, pilih yang mana berkenan. Tunggu sahaja barang sampai muka dipintu rumah anda. Cepat, mudah, jimat masa dan tenaga.

10 comments:

  1. jubah moden pun skrg ni dah nampak sopan dan cantik utk ke ofis kan ;)

    ReplyDelete
  2. mcm glamer sgt je tgok..hiiks

    ReplyDelete
  3. Wah.. Cantik cantik dress nya...

    ReplyDelete
  4. tingin jgk nk pakai jubah g opis..

    ReplyDelete
  5. no 2 dari atas tu cantik..... yg lain pun cantik jugak tp almaklumlah pinggang mak ni lebo hihi

    ReplyDelete
  6. fulamak.. body lawa terbaik la pakai cenggini..

    ReplyDelete
  7. huhuhu..nak menangis nengoknya..tapi murni kerja technician..tak sesuai pakai gni..p jalan2 ok ler

    ReplyDelete