Breaking News

Sekolah Dahulu Dan Sekolah Sekarang




Assalamualaikum..

Bila dah kerja ni teringat pula zaman waktu sekolah dahulu. Hidup tak ada masalah orang kata. Mana tidaknya. Pergi sekolah orang kejut, sarapan pagi dah tersedia. Balik sekolah mak dah siap masak, belum tukar baju dah boleh mencekik. Zaman dah bekerja ni semua kena buat sendiri, kalau tak buat faham-faham sendiri lah. Tak ada siapa yang nak menolong.

Masih segar diingatan masa mula-mula masuk tadika, ayah pergi tinggal macam tu sahaja tak tadika selebihnya kita yang perlu berdikari mencari kawan. Orang kata pandai-pandai lah membawa diri ditempat baru. Dulu tadika masuk umur 6 tahun. Tak macam sekarang umur 4 atau lima tahun dah kena pergi tadika. Masuk tadika memang kosong pengetahuan, mak kata pergi sekolah, kita pun ikut sahaja. Ingat pergi jumpa kawan-kawan dan main sahaja. Rupanya nak kena belajar membaca dan mengira.

Bila dah berkawan dan sama-sama belajar rupanya senang untuk belajar membaca dan mengira. Saling bantu- membantu diantara satu sama lain. Tidak macam budak-budak zaman sekarang kedekut ilmu, hanya nak pandai dia seorang sahaja. Bila masa pandai membaca, menulis dan mengira pun tak perasan, tahu-tahu dah lancar semua. Nak kata belajar dirumah memang tak la, asyik main lompat getah atau pun bola beracun. Mak dan ayah tak banyak mengajar kerana mereka pun bukan berpendidikan tinggi. Setakat membaca dan mengira boleh la, selebihnya mereka serahkan kepada guru untuk mengajarnya.



Kalau dulu masa UPSR, mak ayah tak risau macam zaman sekarang sebab mereka faham kemampuan anak mereka. Tapi mereka selalu beri nasihat dan berpesan belajar rajin-rajin supaya pandai dan tak jadi macam mak ayah. Zaman sekarang ni pagi, petang dan malam setiap hari ada kelas tambahan. Zaman dulu tak ada kelas tambahan, kalau ada pun ehsan guru-guru untuk membuat kelas tambahan secara percuma dirumah mereka diwaktu malam. Itu pun ada yang tak dapat datang kerana masalah pengangkutan. Kalau ada pun cuma basikal, kalau jauh-jauh dari rumah memang tak pergi la. Belajar sendiri dirumah sahaja tak macam budak -budak zaman sekarang semua ada. Cakap sahaja di mana kelas tuisyen yang membunyai guru yang bagus, cepat sahaja mereka dihantar kesana.

Bila dah masuk sekolah menengah agak mencabar sikit lagi. Bukan macam zaman sekarang yang besar cabarannya. Mencabar bukan apa ditempat baru katakan. Nak menyesuaikan diri dengan kawan-kawan dan persekitaran sekolah baru. Yang dapat ke sekolah asrama penuh tu memang gembira tak terkata, yang  tak bernasib baik sekolah lah disekolah biasa. Sebenarnya sekolah dimana-mana pun sama jer yang penting usaha kita untuk berjaya itu penting. Sekarang ibu bapa lebih mementingkan sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan khas. Sebenarnya itu semua pilihan yang salah kerana mereka terlalu mengongkong anak-anak sedangkan anak-ank mereka lebih minat bersekolah disekolah biasa. Kerana itu juga ramai murid-murid sekolah berasrama penuh atau kawalan khas yang gagal dalam peperiksaan.

Bila berada disekolah menengah makin banyak cabaran kerana masing-masing sudah meningkat dewasa. Pengaruh rakan sebaya memang kuat. Kalau salah pilih kawan memang buruk padahnya. Alhamdulillah, diri ini dpertemukan dengan kawan-kawan yang berhati mulia. Sama-sama membantu dalam pelajaran dan tidak suka bersosial seperti kawan-kawan lain.  Zaman dahulu hanya buku cerita di perpustakaan dikala kesunyian. Zaman sekarang gajet-gajet canggih menjadi teman setia tak masa dan dimana berada. Tiada kawan-kawan pun tak apa janji gajet ada.


Dah tamat PMR seorang demi seorang kawan ke sekolah lain. Muka kita je la tinggal disekolah sama sebab tak berapa cemerlang. Masa ni jumpa pula kawan-kawan baru lagi. Kawan masa PMR dulu dah bertukar kelas dan bertukar sekolah. Sebelum PMR, peperiksaan untuk tingkatan 3 dipanggil SRP. Kalau tak lulus peperiksaan ni kena ulang balik sampai lulus. Kalau lah SRP ini dikekalkan memang ada yang sampai ke tua tak lulus. Betul tak? Mana taknya zaman sekarang darjah satu masih ada yang tak mengenal huruf atau abjad lagi. Memang sedihkan, sampaikan ada sesetengah ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke tuisyen khas untuk mempercepatkan proses anak mereka mengenal huruf ataupun abjad.

Cuba kita fikir sejenak dimana silapnya anak-anak zaman sekarang sukar untuk pandai membaca di awal pembelajaran. Bukannya dizaman dahulu semua lancar membaca, ada juga tapi peratusannya agak rendah berbanding zaman sekarang. Sedangjan zaman sekarang penuh dengan teknologi canggih yang dapat membantu. Kalau dahulu hanya kelas pemulihan sahaja yang membantu murid-murid yang ketinggalan dalam pelajaran. Memang tidak dinafikan kelas pemulihan banyak membantu bila mana dalam peperiksaaan mereka boleh menjawab soalan walaupun tidak secemerlang kawan-kawan lain.



Zaman PMR telah berlalu kini kita diganti dengan PT3 yang makin mencabar jiwa dan raga bila mana soalan peperiksaan mereka menyamai soalan pelajar diploma. Bertabahlah mereka demi mengejar cita-cita dan masa depan yang lebih gemilang. Belajar dan terus belajar untuk
supaya tidak tercicir dalam  pelajaran. Kalau dulu SPM dikira aggregat tapi sekarang dikira mata. Memang syahdu sangat kalau dah markah rendah mesti mata pun rendah. Kalau yang kira aggregat walaupun pangkat 2 boleh lagi masuk universiti. Zaman sekarang pun boleh tapi dalam kursus yang tak ramai orang minat.

Masa Cik Nor belajar dulu, denda ni dah macam makan kacang. Mak ayah tak pernah masuk campur. Mereka lebih suka anak meraka didenda dari selalu tak siap kerja sekolah atau tidak lulus dalam peperiksaan. Bagi Cik Nor denda seperti jalan itik, berdiri atas kerusi, bawar banner ' saya tidak lulus matematik', berdiri diluar kelas itu tak menjadi suatu masalah. Sendiri buat sendiri tanggung. Kalau bagitahu mak ayah lagi diorang sokong cikgu. Denda jer banyak-banyak janji anak mereka jadi orang berguna. Mereka tak akan campur urusan disekolah biarlah guru-guru yang uruskan. Mereka dah amanahkan guru-guru untuk mendidik anak mereka menjadi orang yang berguna pada masa depan.

Cuba zaman sekarang didenda seperti zaman Cik Nor dulu, mesti kecoh satu sekolah bapa serang guru kerana denda anak dia. Silap-silap haribulan masuk laman sosial dan paling sensasi masuk berita tv. Bila anak nak pandai kalau asyik nak sebelahkan mereka. Cikgu denda mungkin bersebab bukan suka-suka. Mungkin  mereka tak lulus peperiksaan ke, tak siap kerja rumah atau meniru jawapan kawan.



Sangat banyak perbezaan sekolah dahulu dengan sekolah sekarang. Kalau dulu guru bebas untuk mengajar dan memberi denda sekiranya murid-murid membuat masalah. Kini tidak lagi malah guru pula dipersalahkan bila murid-murid tidak lulus dalam periksaan. Guru-guru sekarang makin berat tugasan yang dipikul. Setiap gerak-geri guru ada sahaja mata yang memandang serong. Zaman ini betul-betul bagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Kepada ibu bapa zaman sekarang, berfikirlah sebelum membuat keputusan. Selidik dahulu, kenapa guru memberi denda kepada anak anda. Mungkin  tak siap kerja sekolah atau tidak menumpukan perhatian didalam kelas. Banyak kemungkinannya. Apa-apa pun tahniah buat semua guru kerana sentiasa tabah dan cekal dalam mengharungi dunia pendidikan yang penuh cabaran dan pancaroba.

19 comments:

  1. Perbezaan pelajar dulu dan sekarang.
    • Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
    • Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD
    • Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
    • Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.
    • Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
    • Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah
    • Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
    • Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.
    • Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
    • Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.
    • Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
    • Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup
    • Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
    • Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.
    Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang.

    ReplyDelete
  2. mmg banyak perbezaan dulu dan skrng kan kak..

    ReplyDelete
  3. Letih doh serro jd cikgu selama 20 thn. Byk sgt cabaran n dugaan terpaksa ku harungi.

    ReplyDelete
  4. Dulu dan sekarang, cabarannya bukan untuk anak-anak sahaja, tapi untuk ibu bapa menghadapinya demi waktu mendatang.

    ReplyDelete
  5. dulu dan skrg banyak betul bezanya. takut juga tgk sikap anak murid skrg yg cukup payah nak makan saman

    ReplyDelete
  6. sekolah dulu ngan skang lain sgt cik nor... betul tu dulu masa sekolah cikgu duk kutil sokmo, pah tu kena bdiri kat atas kerusi masuk upper 6 pun kena bdiri lagi... huhu... x buat kijo sekolah sapa cikgu ngaju.... tapi takut la nak royak ko mak, kalu kena kutil ko denda ko gapo... susuk kemah keming.... haha

    ReplyDelete
  7. takut dengan budak2 zaman sekarang. kena sentuh sikit, see u in court. fuhhh. scary

    ReplyDelete
  8. Saya dulu homework memang tak miss buat. Lagi pun masa tu bukan macam sekarang. Sekarang budak2 sebok dgm alat alat canggih.

    Saya suka buat homework. Kalau tak buat homework saya kena tolong ibu bapa.

    ReplyDelete
  9. betul tu..budak2 dulu dengan sekarang lain sangat..takutnya dengan cabaran nak mendidik anak2 zaman sekarang

    ReplyDelete
  10. sedih kan baca berita zaman sekarang, murid dah pandai pukul cikgu :( cikgu2 pun macam dh tak dihargai je kat sekolah

    ReplyDelete
  11. Berbeza sangat dulu dan sekarang..

    ReplyDelete
  12. cantik baju baharu berbeza sungguh dari baju dulu... hehe

    ReplyDelete
  13. btol tu..jdi cikgu dlu kita sgt segani.. kalau die garang mmg cikgu tula kita ingat..bukan dendam tapi sebab dialah kita jadi orang..zaman skrg xboleh nk marah ank murid suka2..cikgu pulak yg kena balik.. lg pulak zaman kita dulu xdidehakan dgn gadget... kalau nmpak budak pakai handphone tu mmg dah kaya sgt..hihi..dulu ena something kena dpt result baik brulah dpt kasut converse..tu pon dah bangga gila kan..budak2 zaman skrg makin cun pulak dah pndai bgaya.. pndai makeup lgi..harap2la ank kita ni bila dah sekolah dpt jdi anak yg bguna ntk masyarakat. mereka generasi masa depan.

    ReplyDelete
  14. Anak-anak zaman sekarang manja lebih..Mak bapak pulak yang menangkan anak sentiasa walaupun kdg tu salah dari anak2 jugak..Tu skrg gejala sosial berleluasa..Dorang buat salah tapi mak bapak sentiasa back up..Betul, cabaran tinggi untuk cikgu zaman skrg berbanding cikgu zaman kita sekolah dulu..

    ReplyDelete
  15. banyak sangat perbezaan. silibus pun dah lain sangat ikut peredaran zaman.

    btw, baru perasan blog kak nor dah berwajah baru :)

    ReplyDelete
  16. bdk2 sekolah dulu byk belajar drpd kesusahan. contoh, nak menaip gn komputer kena pergi pusat sumber atau CC. skrg nak taip kt rumah dah ada laptop. x yah pening2

    ReplyDelete
  17. Lain mcm entri cik nor kali ni. Takkan entri review kot hihi...

    Yelah cik nor kalau nak dibandingkan dulu dgn sekarang mmg banyaklah bezanya...serba serbi berbeza

    ReplyDelete
  18. memang banyak perbezaan dulu dan sekarang

    ReplyDelete