Breaking News

Hai La Ubat


Assalamualaikum..

Malam ni cubaan update blog kat dalam bilik bertemankan line internet E. Doakan Cik Nor berjaya yer. Haha. Berjaya atau tidak korang tunggu entry ni publish ke tak malam ni. Biasa Cik Nor updates blog kat laman rumah tapi malam ada tetamu la pulak.huhu

Panjang betul permulaanya, lain dia tunjuk gambar lain pulak dia cerita. Kejadian pasal ubat kat atas tu berlaku sehari sebelum raya haji. Malam sebelum balik kampung ibu jari kaki sebelah kanan tiba-tiba berdenyut sakit. Ingat tersepak sesuatu sebab tu sakit, maka Cik Nor letak balm sekitar kawasan tu. Aduhh..makin parah pulak rupanya, makin berdenyut dan tak boleh tidur. Malam tu tidur-tidur ayam je, dahla esoknya kerja lagi.

Bertabahlah drive balik kampung, menahan sakit berdenyut-denyut. Memang sah Cik Nor kena cekam kuku. Kebiasaan kalau kena cekam kuku 2 3 hari baik lah. Ini makin parah. Sampai nak turun untuk sujud terpaksa turun dengan lutut kiri dahulu. Itu satu hal, nak duduk tahayat pun seksa. Nak menangis pun ada sakitnya.

Orang kata sakit itu penghapus dosa. Tanya kawan-kawan dekat group whatsapp kalau kena cekam kuku apa ubatnya selain pergi klinik maksudnya rawatan secara tradisional. Kawan-kawan cadang supaya letak inai dicampur dengan asam limau. Ermm..2 malam buat makin sakit berdenyut-denyut bila tidur malam. Ini tak boleh jadi, macam dia makin marah bila letak ubat. Nak pergi klinik cuti raya mana ada klinik buka. Bertahanlah Cik Nor sehingga hari selasa. Risau jugak sebab ibu jari kaki dah bengkak. Takut membusuk kat dalam.

Malam selasa tu terus pergi ke klinik 1 Malaysia. MA kat klinik tu bagi ubat antibiotik, tahan sakit dan surut bengkak. Balik tu terus telan dan alahmdulillah sakir berdenyut tu dah berkurang. Hari kedua makan semua ubat-ubat tu, alhamdulillah bengkak yang menggerunkan itu telah pecah dan mengeluarkan nanah dan air bisa yang sangat busuk. Masa memang gembira tak terkata sebab bengkak yang kembung tu dah kecut. Ye lah kalau tak pecah takut lain pulak jadinya. Nasib Cik Nor tak ada penyakit kencing manis. Kalau tak memang potong jari kaki la jawabnya.

Tanya MA kat klinik tu, kenapa jadi macam ni. Dia cakap kuku kaki Cik Nor dijangkiti fungus aka bakteria dan dia pesan kat Cik Nor supaya jangan potong kuku secara serong. Cik Nor potong serong sebab nak buang pasir.hehe

Korang pernah kena cekam kuku tak?

14 comments:

  1. Cekam kuku kalau saya panggil cagu... memang sakit kena tu tapi time kita cungkil dia kadang2 nikmat juga.. hihi...

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak kena cekam kuku ni . Ambil masa jugak nak sembuh.sakit tue usah dikatalah

    ReplyDelete
  3. tak pernah kena cekam kuku ni..GWS cik nor

    ReplyDelete
  4. Mama X penah lagi. Semoga cepat sihat ye ciknor

    ReplyDelete
  5. Sy pernah kena kak...memg sakit..kalo potong kuku memg potong cara serong..smp skang dah x kena...

    ReplyDelete
  6. takpernah kena lagi tapi kawan adalah bgtau pasal cekam kuku ni, gws!

    ReplyDelete
  7. ohhhh....boleh jadi mcm tu yer...biasa gak wat potong kuku serong...huhhu

    ReplyDelete
  8. Pernah kena. Sebab kuku kaki saya alah jika terkena buih sabun basuh. biasa saya pergi farmasi beli ubat kuku cengkam jenama Zarinn.

    ReplyDelete
  9. tak pernah kena lagi..semoga Cik Nor cepat sembuh yea

    ReplyDelete
  10. Tak pernah kena lagi.. Semoga cepat sembuh cik nor

    ReplyDelete
  11. Penawar dia kena upah gi klinik jugak tu Cik Nor. Kuku tu pun sesekali nak manja manja gak hihu....
    Tak ingatlah pernah kena ke tidak.... Rasanya mcm tak pernah kena je.

    ReplyDelete
  12. hrp ketika bc entry ni cik nor da sihat

    ReplyDelete