Breaking News

Hati-Hati Dengan Peniaga Wakaf Che Yeh


Assalamualaikum..

Ahalai Cik Nor. Sekejap ada sekejap xde. Nak buat macam mana kan. Gambar dalam telefon lain. Nak updates blog dalam telefon lain. Maka terperap lah dulu.hehe

Berbalik kepada tajuk di atas, Cik Nor bukan nak memburukan peniaga-peniaga Wakaf Che Yeh tapi ada segelintar yang tak ikhlas berniaga. Berniaga semata-mata nak mendapatkan untung tanpa memikirkan kualiti barang yang dijual.

Macam yang berlaku pada Cik Nor sebelum raya Qurban. Roomate Cik Nor ajak g Wakaf Che Yeh, dia nak beli baju tidur. Pusing punya pusing dia berkenan baju tidur kat kedai seorang peniaga lelaki. Cik Nor just cuci-mata jer tapi roomate paksa pulak suruh pilih. Dengan perasaan yang tak puashati pilih la baju kat atas tu dengan harga RM8.00 selepas diskaun. Cik Nor pulak kalau orang paksa-paksa malas nak pilih just tunjuk jer mana yang nak. Kualiti kain memang tak tengok dah.huhu

Balik rumah masing-masing belek la baju tidur yang dibeli, sekali nak tarik keluar dari plastik baju tu dah koyak. Eh..dalam hati kuat sangat ke aku tarik tadi. Fikir positif lagi, mungkin Cik Nor tarik kuat kot tadi. Sekali buka semua, bahagian atas bahu dah macam kain buruk. Panas hati makin bertambah bila tgk bahagian bawah pun koyak. Nasib la dekat dengan Wakaf Che Yeh keesokan malam terus g tukar. Alhamdulillah nasib Cik Nor baik sebab baju tu boleh di tukar.

Kepada yang suka shopping kat Wakaf Che Yeh jangan lupa tengok dulu kualiti barang yang dibeli. Jangan jadi macam Cik Nor. Kalau dekat boleh la tukar. Kalau yang luar Kelantan nak tukar macam mana? Fikir-fikirkan lah.


14 comments:

  1. tak semua ikhlas.. kira nak jual je tak pkir orang lain.. huurm.. syukur dapat tukar =)

    ReplyDelete
  2. nasib baik la dpat tkr..kalau tak panas hati jee

    ReplyDelete
  3. walau murni org kelantan tak pernah beli kat wakaf che yeh..kalau baju tdo ala2 kaftan gni murni suka beli kat kedai KB (dah lama tak pergi ntah ada lg ke x) mujur boleh tukar..kalau org luar mesti blk jauh menangis bucu katil laa..jadi pastikan check betul2 mgkin stok lama diorang msh jual..Tq cik Nor bg peringatan

    ReplyDelete
  4. kena pastikn betul2 sebelum mmbeli cik nor...nasib baik boleh tukar kan

    ReplyDelete
  5. Adeh...Kesian..Mujur boleh tukar..Next time sebelum bayar belek semuanya tau..huhu

    ReplyDelete
  6. Bagus kongsi...at least kita lebih berjaga-jaga beli wpun ia murah

    ReplyDelete
  7. mungkin sbb dah lama kot. so dia mcm mereput..

    ReplyDelete
  8. Aww... I always double check the quality before pay money, even it's from branded shop ;)

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni Masa stay di sebuah hotel di KB...ada staff hotel cakap nak gi wakaf che yeh hati2 sebab parking kereta Mahal....tapi kebetulan tak sempat singgah...tak tahulah benar atau tak

    ReplyDelete
  10. Uisss sampai camtu sekali... nasib baik boleh tukar... teruk sgt tu koyak..

    ReplyDelete
  11. Biasala org yg meniaga ni kadang2 terlepas pandang. Mujur boleh tukar lg sis.

    ReplyDelete
  12. Beli barang xtengok elok2,biase la tu..kalau ko jual pun mmng cmtu jgk.xsemua smpurna.

    ReplyDelete