Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Tuesday, May 15, 2012

Siapakah yg bertuah itu.


Assalamualaikum to all my followers..



Hari ini Nora ingat Nora nk buat 1 benda ala2 contest dekat all my followers.
Caranya hanyalah..


-Follow blog Nora ini.
-Buat satu entry dimana entry tersebut bermula dengan ayat seperti berikut,
  "Saya meminati pelakon Nora Danish kerana dia seorang yang comel, cantik dan lakonan dia memang mantap.........". Sambung ayat berikut 
  menggunakan kreativiti anda sendiri. 
-Tidak kurang daripada 20 patah perkataan dan lebih daripada 50 patah 
  perkataan.
-Boleh tag kepada any blogger members.Sesiapa yg membuat 'tagged' 
  mempunyai  peluang yg besar untuk menang.
-Tinggalkan link entry u all dekat comment box entry Nora ini. 


Yg bertuah akan..


-Nora akan follow blognya.
-Nora akan letak blognya di dalam bloglist Nora.
-Jika dia mempunyai banner blog, Nora akan letak banner blognya dalam blog 
  Nora.
-And, especially one, Nora akan buat entry khas untuknya. 


Yg paling penting..

-Contest ini akan ditutup pada 15 May 2012.
-Pemenang akan diumumkan pada 16 May 2012 melalui entry blog Nora/Fan 
 Page Nora yg baru. Harap u all dpt like Fan Page Nora yg baru DI SINI.


"Selamat Maju Jaya Nora Ucapkan"

Aku copy nie dr blog nora danish....klu korang join leh la clik cni Siapakah yang bertuah itu

Monday, May 14, 2012

Monday Blues.....

Assalamualaikum...


Salam pagi isnin...selamat bkerja buat smua yg baru memulakan minggu baru pada hari nie.Aku smlam lagi dah kerja tp ttp blues lagi..haha..Dah lama aku tak menulis kat cni...tak der idea n tak der masa nak  menulis.Hari nie aku free n bos au tak msk opis so, aku ambik kesempatan ini utk mengupdates blog menggunakna idea aku sndiri walaupon ianya tak best mana.tp yg pnting idea tu lahir dr otak aku yg berapa nak bijak sgt nie..haha.Harap2 pada followers aku korang sudilah baca walaupon terpaksa..:)


Bnyak sebenarnya citer yg aku nak share kat cnie.Tp masa tak bgi peluang utk aku menulis kat cnie.Ermm..minggu lps minggu pnat aku .3 mei aku ke kl coz housemate aku dlu kawen.Tak pergi seganlah plk...coz dlu dok serumah n g kejo tumpang kete dia.So, walaupn dia wat kat s.alam aku ttp pergi jgklah...nasib aku ader member kat klang.So, dekat jerlh nak g kt knduri kawen tu.Alhamdulillah...temn tp mesra kau ader kat sana.Mas sampai hari jumaat tu dia lah yg bawak aku g jaln2.Coz ari jumaat tu member aku kerja lagi.Dkt magrib dah bru balik g jejlan n mkn ngn dia...hehe


Mlam tu plk after isyak kuar g i-city shah alam...ronda2 dalam tu sampai pnat n boring sgt n malam masih muda tak thu nak buat apa...my friend ajak dia pun kekasih gelap dia kot g uptown shah alam.Ermm..tak sangka besar jgk kawasan uptown tu..penat jgklah nak ronda,,,Dah puas ronda n still tak jumpa lagi barang yg nak dbeli kami berhnti lyn air kelapa gelas besar.Nasib kami mmg baiklah koz tgh2 minum tiba2 hujan trn dgn lbatnya..huhu..dalam 15 minit kot baru redha..After reda skit kami meneruskan misi utk mencari barang yg tak jumpa lagi td..last2 dapt barang yg dcari kami trus balik..Bkn apa tkut hujan mkin lbt after this..lagi pon kilat sabung-menyabung...Korang faham2 jerlah aku nie penakut kilat...huhu


Esoknya nak g knduri  aku tel my teman tp mesra aku, coz kawan aku tak blh nak drive dia senggugut...Nasiblah di free hari tu..tp aku kan kejutkan dialah...huhu..dia just jd river jer...coz dia ada kerja yg nak kan settle...apa lagi aku n my friend mcm mak datinlah...haha.Anyway masa sampai tu perut tgh lapar menu yg dhidangkan pon sdap2.Apa lagi kami banti jerlah apa yg dhidangkan..haha..kenyang bukan main lagi...igt tak sempat dah nak bergambar ngn pengantin baru...tp rezeki menyebelahi aku jgk..bila mak pengantin bawa aku jumpa dia..coz aku tetamu yg jauh..haha..sorilah tak dapat nak post kat cnie gambarnya coz smuanya aku guna kamera my friend so aku dah upload smuanya kat fb aku...hihik




Igt nak g ronda2 past balik kenduri..tp tak sempatlah plk...balik dr knduri..upload gambar kat fb  jap.. n kemas2 barang utk blk klate mlm tu jgk..mata rasa mengantuk tp tak blh nak tdo.After asar baring2 dpn tp tak jgk terlelap...last2 mgrib trus mndi n trus wat jamak coz aku msh musafir.huhu.Before kol 8pm aku dah gerak kuar g station bas tkut jaln jem.Bas aku kol 9pm sbnarnya.Kami sampai lbh kurang kol 8.15pm n sempatlah makn sblm aku naik bas...hehe...lama jgklah menunggu kat bus station tu...sambil2 tunggu bas...member opis aku msg hari isnin test lesen motor.Alamak...tak sempat nak rest trus g test lesen motor..huhu....


Dah panjang bnor aku menulis nie...Part 2 akan aku sambung lagi....tunggu yerrr...


sTop cni dlu..babai..muahhhh....sayang korang..:)











Thursday, May 10, 2012

Panduan untuk memperbaiki kehidupan sempurna


Personaliti

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 
2. 
  Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini 
3. Jangan berlebihan, tetapkan had 
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius 
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’ 
6. Bermimpilah ketika anda berjaga 
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan 
8. 
  Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang 
9. 
  Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa 
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini 
11. 
  Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri 
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat 
13. Lebihkan senyum dan ketawa 
14. 
  Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju 
  
Komuniti 
15. Kerap menelefon ahli keluarga 
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain 
17. 
  Maafkan semua orang untuk segala galanya 
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun 
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari 
20. 
  Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda 
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka 

  
Kehidupan 
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan 
23. 
  Allah akan mengubati segala galanya 
24. Buat perkara yang betul 
25. 
  Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah 
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia 
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba 
28. 
  Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan 
29. 
  Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah 
30. 
  Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah 
  
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda. 
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda. 
P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan aku kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...