Breaking News

Tunaikan Haji Mengikut Kemampuan Diri Dengan MKN Ticketing Travel & Tours

 Assalamualaikum..

Setiap insan yang beragama islam mesti berniat untuk sampai ke Tanah Suci Mekah bila sampai seruannya. Namun tak semua yang boleh menunaikan niatkan tersebut ekoran kenaikan kos menunaikan haji yang meningkat saban tahun. Namun setiap niat yang baik itu pasti Allah makbulkan doa dan niat mereka. Apa yang penting usaha dan tawakal.

Orang kata dalam usia muda lah kita patut tunaikan haji sebab waktu inilah kita masih sihat dan kuat untuk tunaikan semua rukun haji. Cik Nor pun ada juga intai-intai pakej haji yang mampu dibayar mengikut kemampuan diri dan ada terbaca pakej haji yang ditawarkan oleh MKN Ticketing Travel & Tour. Agak menarik jugak pakej haji tahun 2025 ni.

Terdapat 5 pakej haji premium yang mereka tawarkan untuk pakej haji tahun 2025 ni. Harga pun mampu bayar orang kata. Mesti ada yang kata kalau pergi haji guna pakej swasta mahal dan tak banyak kemudahan yang mereka sediakan. Salah tu kalau ada yang beranggapan macam tu. Meh kita tengok harga pakej haji bagi musim haji tahun 2025.

1.               Pakej Salam (+/- 40 hari)

-          Harga RM54,900/5 pax

-          MINA: Khemah Muassasah (Muassim)

-          MEKAH: Hotel Rayannah (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)

-          MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi) 

Pakej Salam Plus (+/- 40-45 hari)

-     Harga bermula dari RM58,000/5 pax

-     AZIZIYA: V12 Hotel Al-Arabia (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)

-     MEKAH: Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)

-     MADINAH: Semenanjung Bernilai (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)

3.              Pakej Menara Jam( +/- 40 hari)

-     Harga bermula dari RM79,500/4 pax

-     AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

-     MEKAH: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)

-     MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

4.           Pakej Safa (+/- 20 Hari)

-     Harga bermula dari Rm115,00/ 4 Pax

-     AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

-      MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)

-      MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi

5.           Pakej Firdaus ( +/-18 hari)

-     Harga bermula dari RM275,00/2 pax

-     AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)

-     MEKAH: Dar Tauhid Intercont. (+/- 10m dari Dataran Masjidil Haram)

-     MADINAH: Oberoi Madinah (+/- 10m dari Dataran Masjidil Nabawi

Selain daripada menyediakan pakej haji mereka juga membimbing para jemaah haji dengan ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan pengurusan haji di Malaysia dan Tanah Suci Mekah.  Kebajikan bagi jemaah adalah keutamaan mereka bagi memastikan perjalanan haji yang tersusun dan lancar. Kita boleh lihat pengurusan cekap mereka bermula dari pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan kembali semula ke tanah air.

Mereka juga menyediakan pengajian kelas agama di mana para jemaah boleh mengikuti kursus haji intensif di tanah air sebelum berangkat ke Tanah Suci. Ada juga kuliah agama dan ulangkaji manasik haji sepanjang berada di Tanah Suci dan soal jawab haji di bawah bimbingan guru agama sepanjang ibadah haji.

Bagi jemaah haji yang mendaftar haji dengan MKN Ticketing Travel & Tour mereka akan mendapat hadiah haji seperti :

-          Beg Pakaian

-          Beg Sandang

-          Beg Bambit

-          Beg Kasut

-          Beg & Sejadah

-          Beg Uncang

-          Tag Beg & Kipas Tangan

-          Buku Panduan Haji

-          Bantal Leher

-          Kain Ihram / Mini Telekung

-          Botol Wudhuk

-          Tasbih Digital

Kalau nak tulis kat sini memang banyak kebaikan dan kelebihan bila daftar haji 2025 bersama MKN Ticketing Travel & Tour ni. Oleh kerana itulah ramai selebriti Malaysia memilih pakej haji MKN Ticketing Travel & Tour sebagai pilihan utama mereka untuk menunaikan haji setiap tahun. Jangan tak tahu yer, syarikat mereka juga salah sebuah syarikat perkhidmatan terbaik pengelola haji setiap tahun dibawah Tabung Haji.

Eh, lupa nak bagitahu kemudahan yang untuk jemaah akan dapat bila mendaftar haji bersama MKN Ticketing Travel & Tour ni, antaranya ialah :

-      Umrah

-      Hotel

-     Kargo

-     Takaful

-     Kursus Haji

-     Sajian Makanan

Tempat adalah terhad tau, jangan lambat-lambat takut penuh nanti. Kalau nak tahu apa-apa maklumat tentang Pakej Haji 2025 yang ditawarkan oleh MKM Ticketing Travel & Tour ini, korang boleh layari :

MKN Ticketing Travel & Tour

Telefon : 03-78316740/ 03-78313740/019-7000079

Emel : haji@mkm.my

Laman web : http://www.mkm.my/


No comments