Breaking News

Panas Hati

Image result for imej rumah sewa 
Imej dari pakcik google 


Assalamualaikum.

Alahai rindunya nak menulis tapi apakan daya penyakit 'M' menguasai diri. Maka Cik Nor pendamkan saja rindu tu sendiri. Hari paksa juga tangan ini untuk menaip kerana ada kisah yang perlu di kongsi bersama pembaca setia blog Cik Nor.

Baca tajuk pun korang dah tahu Cik Nor tengah marahkan. Begini kisahnya, semalam balik kerja Cik Nor terus masuk bilik sebab tak solat asar lagi. Lagipun ingat nak cuci baju guna tangan jer sebab semua baju kurung dan tudung takut rosak manik.  Dah siap kerja-kerja cik Nor kat tingkat atas, macam biasalah tepat pukul 6.58 petang Cik Nor akan turun bawah tengok drama kegemaran. Korang pun tahu kan drama apa.hehe

Masuk dapur ingat nak ambil kek yang masih lagi berbaki kat dalam peti. Eh..macam tupperware aku je kat atas sinki tu. Tapi masa tu bersangka baik lagi. May be orang lain punya kot. Sekali buka peti..terkejut gorilla Cik Nor. Sah tu tupperware Cik Nor dan kek kat dalam tu dah kena buang. Mesti Korang nak tahu siapa punya angkara kan? Jawapannya tuan rumah Cik Nor lerr. Cik Nor pun tak faham kenapa mesti dia buang barang-barang kami di dalam peti tanpa memberitahu kami terlebih dahulu. Cik Nor redha jer la dah tak de rezeki. Tapi sedih juga la sebab kek tu akak Cik Nor buat sendiri.Walaupon membara nak marah tapi nak buat macam mana, kami penyewa , dia tuan rumah. Mana lebih berkuasa???

Housemate Cik Nor lagi kesian, habis bekas-bekas tempat garam, gula dan sebagainya kena buang. Terkejut juga bila cari barang nak masak dah tak de. Kami pasrah ..cuma kami berdoa moga dia sedar silap dia.  Maaflah yer.. blog jadi tempat meluah perasaan marah dan tak puashati.

Ok. itu sahaja nak kongsi dengan korang kali ni.
 

6 comments:

  1. Assalamualaikum puan,

    Terima kasih kerana memberi perkongsian. Saya tertarik untuk mengetahui apakah yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu memberi respond kepada anak sekiranya anak itu seorang yang suka mendiamkan diri..?

    ReplyDelete
  2. Nape la tuan rumah tu camtu yer Cik Nor

    ReplyDelete
  3. Bukan kita pun ada hak jugak ke Cik Nor? Kita pun bayar sewa ye dak.... Camne perjanjian dulu? Tak boleh masak ke apa?

    Cer bersemuka dgn dia....tanya kenapa dia buang ahkak punya kek? Kan ajkak dah kempunan hihi

    ReplyDelete
  4. Bukan kita pun ada hak jugak ke Cik Nor? Kita pun bayar sewa ye dak.... Camne perjanjian dulu? Tak boleh masak ke apa?

    Cer bersemuka dgn dia....tanya kenapa dia buang ahkak punya kek? Kan ajkak dah kempunan hihi

    ReplyDelete
  5. aikk..knape smpi mcm tu Cik Nor..abes laa lau cm tuu..ape peel gituu

    ReplyDelete
  6. aikkk.... buruknye perangai... event bende dah x elok pun kalau nak buang bende bkn milik kite kena la tanya tuannya dulu... mmg patut pun panas hati...

    ReplyDelete