Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Selamat datang ke Cik Nor Blog's

Wednesday, February 1, 2012

Tempat kerja baru.....

Assalamualaikum....fIRST tIME UPDATES BLOGGER GUNA PHONE.HAHA.TGK HURUF PN XTHU NAK TKAR KAT MANA JADI KECIK.WHAT EVERLAH..YG PTG LEH UPDATES MY BLOG.HAHA...JAHAT PUNYA GELAK.AKU TAK DER KERJA NI SMENTARA TUNGGU BOS AKU SAMPAI N BG KERJA KAT AKU.JUMPA PLK LINE WIFI TAK PYH GUNA PASSWORD.SENANG HATILAH AKU.HAHA.PERGGHH SEKSA ARR...UPDATES BLOG GUNA PHONE.NAK BUAT PERENGGAN BARU PON XTHU.KAT TEMPAT BARU NI XDER MODEM MCM KAT OPIS LAMA.MASKT2 TEKAN GOOGLE CHROME JER.HIHI.OKLAH DAH PANJANG AKU TAIP NIE.ESOK AKU UPDATES YG BARU LAGI.HEHE...BABAI...MUAHHHH

Monday, January 30, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.

Bercakap fasal doa, 
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya. 


Cerita yang saya dengar itu begini: 


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: 
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” 
MasyaALLAH… 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul. 
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. 
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. 
"Aku buat beginilah yang jadi begini." 
"Doa aku makbul seh!" 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. 
Semoga bermanfaat note ini. 
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. 
Semoga Allah redha dengan kita. 

Sunday, January 29, 2012





Cara menyertai

1.Blogger  perlu buat posting Review Miecyber's Blog.
*Dah buat review...hehe

2.Berikan pendapat anda mengenai Miecyber's Blog  
*Blog nie sngat menarik walaupon simple.Penuh dengan tauladan dalam kehidupan kita seharian.Membaca blog nie membuatkan saya insaf diri ini hanya pinjaman sementara.
3  Ceritakan tentang Giveaway yang sedang berjalan ini,
*Sangat menarik dan lain dari pada yang lain.

4.Letak banner Giveaway di dalam entry dan link kan kepada entry ini.

5. Klik Like Fanpage Penaja Giveaway

Panaja Pertama

Penaja Kedua

6. Postkan link giveaway anda di bahagian komen ini

Hadiah Untuk Review Yang Paling Menarik

a. Top up RM 30 & Cenderahati
b. Top up RM 20 Cenderahati
c.Top up RM 10 Cenderahati



Giveaway ini berlangsung selama 3 minggu bermula 21 hb Januari 2012

Saya sukeeeee!

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa... 


Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever 


Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye... 


Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya... 


Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya.... 


Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti... 


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak...moga kita terhindar dari segala macam "zina"...

**peringatan untuk diri sendiri terutama & semua sahabat..isya'Allah....

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).

Saturday, January 28, 2012

Giler Kerabu...:)


Assalamualaikum....

Semalam  aku updates blog just copy from yahoo n selebihnya aku join GA.Ermm..ramai bebenor tag GA kat aku..smua aku join tp aku terkilan saya naper GA yg Mia Liana tag kat aku page blog yg buat GA tu tak blh nak buka..ader something wrong...hari nie lupa nak cuba buka lak..hehe..jap lagilah cri balik..mana thu kot blh join...:)

Mesti korang tertanya2 naper tajuk entry aku mcm tu.Haha..Sejak semalam lagi aku giler mkn nasi kerabu..pagi aku dah mkn nasi kerabu, ptg semalam balik dr kerja aku order lagi nasi goreng kerabu n ABC.Ermm..pagi nie aku beli nasi kerabu lagi.Apa keistimewaan nasi kerabu tu pon aku tak thu.huhu.Apa yg pasti aku suka ulam2 yg ader dalm nasi kerabu tu.Nasi dia walaupon simple tp pnuh nikmat bla mkn.3 in 1 lah...Nasi ader, lauk ader n ulam2..tak payah ssh nak tambah lagi..satu lagi may b sbb ader budu kot..hehe

Mlam td aku kemaslah barang coz hari utk aku pindah sdah hampir tiba.Masa kemas barang tu tak semena2 airmata aku deras mengalir tak thulah naper.May b rasa sayang sgt kot nak tggl rmah yg aku diami hampir sethn lbh.Walaupn rumah aku tu btl2 rmah sewa tp aku suka...bnyak nostalgia yg tertinggal kat ctu..huwaa...aku tak blh teruskan seisi kemas-mengemas tu...tak pasal airmata aku mengalir tak hnti2...sedih sgt,,....huhu

oklah aku stop cni dulu.Ader kerja yg nak kna settle...lain kali aku tulis panjang2 lagi...hehe

Babai..muahhhh

Friday, January 27, 2012

Cheritera hati 1st Giveaway





Aku nak tag kat:
1.Mia Liana
2.nanabytes
3.si gades pelik

Mana blogger yg nak join leh arr click kat banner tu...:)

HADIAH??


Tempat Pertama:
1 produk Avail Beauty + 2 Shawl Inner Polkadot + Brooch

Tempat Kedua :
 Produk Avail Beauty + 1 Inner Shawl Polkadot + Brooch

Tempat Ketiga :
1 Shawl Inner Polkadot + Produk Avail Beauty.


Saguhati (untuk 2 orang pemenang) :
Produk Avail Beauty






Dateline : 3 Feb 2012

Segmen:Jom Sertai Senarai Blog Terhebat


Dalam minggu nie tak join lagi mana2 segmen tp krana ditag oleh nanabyte aku pon joinlah segmen nie.hehe
Segmen ini daripada Cik IRA ARINA, seorang blogger yg aku bru knal lah.Klu nak join klik link banner utk ke segmen di belog dia okeyhhh. oh ye, tarikh tutup telah ditukar kepada 1 Februari 2012. so, cepat2 sape nak join, maseh sempat ag nie :)

mangsa kene troll tag:
1)AkuBudakKampung
2) Linda
3) Anything

Meh lah join ramai2..:)

Kelebihan Solat Witir

Kelebihan Solat Witir
Kelebihan Solat Witir
Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan ramadan sahaja.
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.
Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”
Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.”
Hadis riwayat at-Thabran
Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan
dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Kelebihan Solat Witir
Kelebihan Solat Witir
Kelebihan Solat Witir
Nabi Muhammad saw bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.
Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun ? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Hadis riwayat Bukhari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...