Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 Siri Ke 2 - Episod Kedua

Asslamualaikum..

Seperti biasa setiap minggu Cik Nor akan layan rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Memang tak boleh miss tau tonton rancangan ni tau. Baik pengacara, juri tetap atau pun juri jemputan semuanya buat kita tak bosan menonton.

Artis jemputan pada minggu ini ialah Zizie Kirana. Nak kata havoc sangat tak la kot minggu ni tapi tak membosankan la. Malam tadi Zizie membuat kesilapan besar bila dia membuang semua penyanyi sebenar dan di akhir rancangan dia memilih untuk berduet dengan penyamar. Memang kecoh studio bila suara sumbang rap dengan Zizie.haha. Apa-apa pun tahniah buat penyamar yang bersuara sumbang kerana membawa pulang wang bernilai RM3K. Rezeki tersepak tu..hihi.

Juri tetap malam tadi sudah semestinya Jihan Muse, Yusry KRU dan Mark Adam. Manakala juri jemputan ialah Engku Ismail dan juga Siti Saleha. Kemain malam tadi Siti Saleha tiru lips sing salah seorang peserta ICSYVM. Gaya dia kemain..haha

Korang yang tak layan malam tadi boleh layan kat youtube. Ni Cik Nor kongsikan link yer..hehe

Untuk episod minggu lepas korang boleh tonton : I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 Siri 2 - Minggu Pertama

1 comment:

  1. Sejak Selan Paul dah tak de and artis jemputan asyik BBNU, dah tak rajin tengok ICSYV ni.

    ReplyDelete