Smart Straw Akan Membantu Anda Membersihkan Ruang Yang Sukar Dicapai

Pernahkah anda melalui pengalaman
apabila perlu mencapai sesetengah ruang yang sempit semata-mata untuk membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?
Walaupun ia sukar, namun anda tetap
perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih dan bebas kotoran.

Atau pun anda mungkin pernah mengalami
kesukaran setiap kali membersihkan bahagian dalam bonet kereta apabila muncung
penyembur tertanggal hingga menyebabkan bahannya terkena di bahagian lain.
Di sinilah produk WD-40 Pelbagai Guna dengan Smart
Straw dapat membantu anda. Produk dalam tin ini menyediakan dua
kaedah penyemburan dan mempunyai muncung kekal yang tidak akan tertanggal
ketika anda melakukan kerja pembersihan.

Cara penggunaannya amat mudah sekali
dan anda hanya perlu membuka muncung terbabit untuk melakukan semburan ke arah
kawasan yang sukar dicapai.
Fungsi muncung itu membenarkan ia
disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahan semburan terkena tangan atau
pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat ke bawah untuk kaedah
semburan biasa atau untuk disimpan.

Jika anda mencuba produk WD-40 Pelbagai Guna dengan Smart
Straw ini, anda akan dapati bahawa
ciri terbaik yang ada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidak
tertanggal.
Anda tidak akan berdepan masalah lagi
apabila perlu mencari-cari muncung alat semburan yang hilang.

Bagi produk ini sendiri, ia
sememangnya terkenal dengan keupayaan melindungi bahagian logam daripada
berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberi kelembapan
serta melicinkan bahagian berkenaan.
Ingin tahu lebih lanjut? Lawati http://wd40.asia hari ini.
Baca juga tentang Berikan Perabot Lama Anda Sentuhan Baharu Dengan WD-40
rietta pun suka guna benda ni...mudah guna, mudah utk dsimpan juga....
ReplyDeletePS: xpasti pula rietta, tpi rasanya kurang lebih mcm kerang, maka masaknya juga mungkin mcm kerang...
Wah best nya
ReplyDeletebagus sangat produk ni, ada penah guna dulu yg suami punya :D
ReplyDelete