Breaking News

JOM TERBANG BERSAMA CATHAY PACIFIC AIRLINES


Assalamualaikum..

Image result for cathay pacific














                                                                        credit to google

Cik Nor suka cerita pasal airlines yang bukan asal dari negara kita sebab ramai yang tak  tahu airlines yang lain yang boleh jadi option kita kalau nak travel. Cik Nor nak share dengan korang pasal Cathay Pacific Airline yang asal Hong Kong. Cathay Pacific ni dah ada sejak tahun 1940an lagi so bayangkan dengan experice yang diorang ada dan Cathay Pacific ni actually satu kebanggaan untuk Hong Kong dan bertapak kat Hong Kong International Airport, dan boleh terbang ke lebih kurang 190 destinations. Banyak tempat yang korang boleh pergi. First class diorang seat boleh tukar kepada katil and siap ada massage sekali. Untuk Business class pulak seat dia pon boleh tukar jadi bed Cuma bilangan dalam satu aircraft banyak sikit dari first class so beza dia adalah privacy tapi still sangat selesa and mewah. Beza antara premium economy class dan economy class biasa ialah seat dia beza 6 inci luas. So ikut korang nak pilih samada selesa secara maksimum atau bajet yang rendah tapi masih selesa.

 Image result for traveloka cathay pacific
                                                                   credit to google

So bila dah kenal camne pulak nak book Cathay Pacific Airlines melalui online? Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Cathay Pacific Airlines, kalau korang tak tau korang boleh google Cathay Pacific Airlines. Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Cathay Pacific Airlines. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Excited tak nak try?

Image result for bali
credit to google

Dengan Cathay Pacific Airlines korang boleh pergi ke Bali. Kat page tu korang boleh book flights to bali dengan harga semurah yang mungkin. Bali ni destinasi bercuti yang agak common sebab ada banyak tempat best kat sana. Persis namanya, Dream Beach yang terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan korang tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak. Lagi best kalau korang berkelah bersama keluarga sambil menikmati view di pantai mimpi ini dengan menghirup air jus yang sejuk. Memang syoklah!

 Image result for tasik beratan, bali
                                                                      credit to google

Terletak di Bedugul, bukan rendah kawasan Tasik Beratan yang juga dikatakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Berada pada altitud 1,240 meter dari aras laut, boleh korang bayangkan betapa sejuknya kawasan tanah tinggi ini? Pada waktu malam suhu di sekitar kawasan ini boleh mencapai 18 darjah celsius dan pada sebelah siang pula sekitar 24 darjah celsius, jadi pastikan korang membawa pakaian yang sesuai kalau ke sini. Kalau korang ingin lari dari kesibukan kawasan pekan dan inginkan view yang cukup memukau, datanglah ke Tasik Beratan. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan kat sini seperti ski air, berkayak dan parasailing. Macam mana? Udara segar, view indah, aktiviti pun gempak, jadikan Tasik Beratan salah satu destinasi korang di Bali nanti ya?

 Image result for jatiluwih, bali
                                                                         credit to google

‘Jati’ bermaksud asli dan ‘Luwih’ pula bermaksud cantik. Di kawasan penuh kehijauan di mana sawah padi terbentang dengan luas ini memang benar-benar menyejukkan mata, sesuai dengan namanya, kecantikan yang asli, Jatiluwih. Korang boleh menikmati makanan di restoran-restoran kecil yang terdapat kat sini sambil menikmati view indah ini. Kalau dah puas tengok view dari jauh, korang boleh berjalan-jalan untuk menyelami keindahan kawasan sawah padi ini dengan lebih dekat lagi dan tengok bagaimana orang Bali membanting dan menuai padi. Mungkin korang boleh mencuba bagaimana rasanya melakukan tugas ini sendiri? Seronok kalau dapat ke Bali dengan naik Cathay Pacific Airlines ni.

8 comments:

  1. Sejujurnya 1st time dgaq cathay pacific ni. Boleh la try kalau nak ke bali. Suka la tgok tanam padi kat lereng bukit mcm tu. Teringat masa beljaq geografi dkt sekolah dulu hehe

    ReplyDelete
  2. Cathay pacific,jarang dgr cik nor..good sharing gak pasal flight ni..bru tau dh lama upenya dia beroperasi..sis ketinggalan..hehe..bali,boleh masuk dlm next list vacation..mmg tau tmpt dia cantik gilerrr...org bru kawen selalu pi honeymoon ke sana...

    ReplyDelete
  3. first time dgr ni...cantiknya sawah

    ReplyDelete
  4. Macam pernah dengar cathay pacific ni. best juga ada option lain dan lebih banyak pilihan

    ReplyDelete
  5. Baru pestime dengaq.. Heee baru tau sekarang dh ada option lain

    ReplyDelete
  6. tp kalau nk melancong dlm kepala cuma igt AA dgn MAS je yg lain x igt pun ahahaha

    ReplyDelete