Breaking News

Makanan Super Sangat Mampu Milik Yang Ada Di Dapur Anda



Assalamualaikum..

Kalau dulu tengok orang breakfast dengan kacang panggang memang ingat dia orang berada. Rupanya sangkaan Cik Nor tu silap. Mana taknya harga untuk setiap tin Kacang Panggang yang dikeluarkan oleh Ayam Brand tersangat mampu milik. Tak perlu berangan nak jadi orang kaya baru dapat makan kacang panggang Ayam Brand ni.

Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi kacang panggang keluara Ayam Brand ini.

Makanan super ialah makanan yang kaya dengan nutrien dan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada tubuh badan manusia. Biarpun begitu, makanan super ini biasanya mengikut trend. Masih ingat ketika kale menjadi begitu popular, kemudian avocado, kini benih chia dan benih flax pula ada di mana-mana sahaja. Satu persamaan ketara makanan super ini ialah ia merupaka nmakanan eksotik dan biasanya mahal.

Adakah anda sedar bahawa terdapat makanan yang sangat mampu milik, mudah diperolehi dan super klasik di dapur anda? 

Sebagai contoh, ikan tuna, telur, mil oat, bayam, sardin, yogurt dan makanan kegemaran ramai, kacang panggang.


Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato enak di dalam tin, satu kombinasi yang padat dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan antara kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.

Ini senarai ringkas tentang kenapa Ayam Brand™ Baked Beans di dalam sos tomato patut menjadi pilihan makanan super anda yang sangat mampu milik.

Kacang panggang padat dengan serat, protein, besi, likopena dan folat. Kandungan serat yang tinggi di dalam kacang panggang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari .Satu tin kacang panggang boleh memberi tenaga sepanjang hari!  


Berikut ialah perbandingan pantas mengenai jumlah serat di dalam 100 gram quinoa vs 100 gram kale vs 100 gram kacang panggang dan harganya.

Makanan Super
KandunganSeratbagisetiap 100gm
Hargabagisetiap 100gm
Quinoa
2.8gm
RM3.36
Kale
4.1gm
RM11.47
Kacangpanggang
5.3gm
RM2.20

Kandungan protein di dalam kacang panggang membantu pertumbuhan, meningkatkan kekuatan, pemulihan dan membaiki otot selepas bersenam. Ia boleh menjadi snek yang ideal untuk kanak-kanak yang sedang membesar, wanita mengandung atau mereka yang fokus kepada kesihatan, terutama selepas bersenam.

Kacang panggang sebenarnya bebas daripada lemak tepu– satu cara yang enak untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Memandangkan ia mempunyai kandungan protein yang tinggi, kacang panggang boleh menjadi alternatif terbaik kepada daging buat golongan vegetarian. Secawan kacang panggang (240 grams) mengandungi 10 gram protein yang sama dengan protein di dalam 50 gram daging stik.


Kacang panggang di dalam sos tomato merupakan sumber yang kaya dengan zat besi. Ideal untuk golongan vegetarian, vegan dan wanita yang mempunyai tahap zat besi rendah.

Zat besi membantu tubuh kita untuk menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa penat, kurang fokus dan tahap tenaga yang rendah, dalam kes yang serius pula boleh menyebabkan masalah anemia. Siapa sangka dengan menambah kacang panggang kedalam diet anda boleh memberi begitu banyak kebaikan?


Ia kaya dengan likopena – sejenis anti oksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan sel rosak melalui manfaat anti oksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah kacang panggang kedalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh membantu menambah folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semulajadi. Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan kerosakan tiub neural pada bayi.

Anda boleh mendapatkan makanan super daripada kedai runcit berhampiran kerana Ayam Brand™ Baked Beans ditawarkan pada harga sangat mampu miliki aitu RM2.20 setin.

Cadangan hidangan

Ayam Brand Baked Beans ialah snek yang mudah dan boleh dimakan terus daripada tin.

Untuk makanan super yang sangat murah dan mudah dimasak, tiada apa yang dapat menandingi gabungan kacang panggang dengan telur. Di sini adalah beberapa cadangan hidangan: 



Untuk sarapan hujung minggu yang menyeronokkan, apa kata sediakan hidangan berprotein tinggi, kaya serat dan rendah karbohidrat iaitu Kacang Panggang di dalam kuali dengan Telur– yang dimakan terus daripada kuali kecil, pada hari Ahad untuk mode sarapan di atas katil.


Kacang panggang dengan telur di atas roti bakar ialah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.


Ayam Brand™ Baked Beans didatangkan dalam duas aiz – saiz keluarga 425g dan 230g. Pilih daripada kacang panggang di dalam sos tomato, atau sos tomato dengan keju parmesan sebena runtuk rasa lebih berkrim atau Ayam Brand™ Baked Beans in Light Tomato Sauce yang menawarkan rasa hebat, tetapi diformulasi dengan 54% kurang gula dan 28% rendah garam.

Ayam Brand™ Baked Beans boleh didapati di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM2.20 untuk satu tin 230g dan RM3.30 bagi tin 425g.


Untuk lebih banyak resepi, sila layari laman web :


http://www.ayambrand.com.my/recipe

atau kunjungi laman Facebook kami di  :

https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes

bagi mengetahui lebih banya kcara menikmati kacang panggang.

12 comments:

  1. Ai tak pandai makan kacang dalam tin ni. Tapi kalau sardin ayam brand memang jadi pilihan.

    ReplyDelete
  2. selalu kak ana makan dengan telur atau ayam grill ni Cik Nor :)

    ReplyDelete
  3. Sedap, selalu gak makan. Kalau malas nak masak breakfast, makan ni dengan roti ngan telur ja.

    ReplyDelete
  4. Ahaa samalah cik Nor.. kita pun ingat macam tu hikhik. Tapi kita tak pandai makan sangat kacang panggang ni

    ReplyDelete
  5. kita suka baked bean ayam brand ni..selalu gak beli..yummy..dap dap...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya baked bean makan dgn scramble egg.

    ReplyDelete
  7. Sedap makan dgn roti perghhh sedappp hingga tak terkata

    ReplyDelete
  8. Kacang panggang ni antara menu bekpes febret kita ni ciknor

    ReplyDelete
  9. sedapnya kacang nak etek cik nor pos sini hahahha

    ReplyDelete
  10. CT belajar makan ni masa masuk uni. ada kawan yang gilaa sangat dengan baked beans. hehe..
    jadi terkesan sekali terus suka. xde mahal pun.. sedap cicah ngn roti telur =D

    ReplyDelete