Breaking News

SMK Dato’ Maher Menerima Tajaan daripada Epson untuk Pembelajaran yang Lebih Interaktif



Meneruskan usaha untuk terus membekalkan solusi-solusi teknologi demi kemajuan bidang pendidikan di peringkat tempatan, Epson Malaysia telah menaja barisan produk untuk SMK Dato’ Ahmad Maher (SMKDAM), sebuah sekolah menengah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Tajaan tersebut meliputi produk-produk keluaran Epson seperti projektor interaktif EB-695Wi, projektor mudah alih EB-1785Wserta mesin pencetak EcoTank L3150yang memiliki anugerah di bawah namanya.

Seperti yang dirangkapkan dalam anjakan nombor 7 menerusiPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Walaupun pelaburan intensif daripada pihak kementerian disalurkan untuk membangunkan lebih banyak sekolah pintar, penggunaan ICT masih tidak digunakan dengan sebaiknya dari sudut kualiti dan kuantiti. Sehubungan itu, penglibatan syarikat-syarikat swasta dalam usaha pembangunan negara pintar ini boleh mewujudkan lebih banyak peluang untuk melahirkan sekolah-sekolah yang berdaya maju.

Inisiatif tersebut diterajui oleh Falsafah Pengurusan Epson yang meliputi tema utama kebertanggungjawaban sosial korporat, sebuah matriks kematerialan yang mengenal pasti inisiatif-inisiatif mustahak untuk menangani isu sosial. Antara isu yang dikenal pasti ialah kekurangan peralatan teknologi yang sesuai untuk tujuan pengajaran di sekolah-sekolah yang kecil di peringkat tempatan.


Daisuke Hori, Pengarah Urusan Epson Malaysia berkata, “Epson menjiwai semangat pemberian. Sebagai peneraju pasaran dalam arena teknologi mesin pencetak dan projektor, kami menaruh kepercayaan terhadap inovasi yang memiliki kuasa untuk mencetus transformasi. Kami percaya teknologi memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan kerana ia berfungsi sebagai alat yang dapat membantu para pelajar menuntut ilmu dengan tahap penglibatan yang lebih tinggi. Apabila pelajar berasa lebih terlibat dengan kandungan pembelajaran yang berkenaan, proses pembelajaran mereka menjadi lebih efektif dan mereka juga akan berasa lebih cenderung untuk menyerlahkan kreativiti dan inovasi. Faktor-faktor ini adalah penting demi kejayaan mereka untuk jangka panjang.”

Mata pelajaran sains diwarnai dengan sebuah pengalaman visual
Ditubuhkan pada tahun 1985, SMK Dato’ Ahmad Maher yang dahulunya dinamakan SMK Jalan Bayam. Dikenali secara meluas sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, pihak pengurusan sekolah ini telah bekerja keras untuk memelihara kualiti pendidikan sekolah tersebut dengan menawarkan kemudahan dan aksesibiliti teknologi di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh jumlah pembiayaan yang terhad, ia menjadi satu tugas yang sangat mencabar. Oleh itu, sekolah tersebut telah menghubungi Epson Malaysia untuk mendapatkan bantuan.


“Kami bersyukur kerana hasrat dan permintaan kami telah mendapat perhatian daripada syarikat-syarikat swasta seperti Epson. Dengan pemberian tajaan yang amat bermakna ini, kami dapat mengintegrasikan kaedah pembentangan visual yang lebih kreatif di dalam bilik darjah – terutamanya untuk subjek mata pelajaran seperti biologi, kimia dan fizik – menjadikannya lebih menarik dan interaktif. Ia sejajar dengan sistem pendidikan yang diterapkan oleh Malaysia sementara kami berusaha untuk menzahirkan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan buat para pelajar melalui penggunaan solusi-solusi yang inovatif,” ujar En. Mohd Zamri bin Abdul Aziz, Pengetua SMK Dato’ Ahmad Maher.

Majlis pemberian tajaan yang telah dianjurkan juga dihadiri oleh Mr. Mohd Hassany B. Hashim, Ketua Sektor Pengurusan Akedemik, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Maklumat lanjut mengenai Epson Malaysia dan barisan produknya boleh didapati di https://www.epson.com.my/.

5 comments: