5 jenis pekerjaan yang anda tidak ketahui sebenarnya menggunakan WD-40
Hampir
ditemui di setiap garaj atau bengkel di seluruh dunia, WD-40, bermaksud
Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40, sering dikaitkan dengan
penjagaan dan penyelenggaraan automotif, sebernanya mempunyai beribu kegunaan.
Salah
satu fungsi utama, seperti namanya “Water Displacement”ia bertindak
sebagai pencegah kelembapan dan kakisan,
ia juga boleh digunakan sebagai pembersih gris dan kesan gam yang melekit,
pengilat, dan juga pelarut (untuk melarutkan bahan jenis polikarbonat atau
lilin).
Fungsi
– fungsi ini menjadikan WD-40 produk yang hebat untuk tukang emas, ahli sukan,
pengumpul duit syiling, pembuat kasut, dan pemuzik!
Untuk tukang emas,
WD-40 berfungsi sebagai pengilat untuk barang perak supaya kembali bersinar,
dan membantu membersihkan dan mencegah karat pada barang kemas.
Untuk ahli sukan,
senarai perkara yang boleh dilakukan oleh WD-40 boleh mencapai beberapa
halaman. Iia boleh melincirkan dan membersihkan peralatan sukan (sama ada golf,
raket atau tongkat kayu) dan melindunginya daripada berkarat, menyingkirkan
kelembapan (rantai basikal, peralatan menyelam skuba dan bahagian bot) membantu
melancarkan brek kasut roda, sekali gus menghentikan gangguan pada mesin sukan
anda, dan banyak lagi.
Untuk pengumpul syiling, WD-40
telah digunakan selama bertahun-tahun untuk membantu membersihkan syiling lama
dan mengembalikan kilauan asalnya, tanpa menghakis permukaan atau merosakkan
reka bentuk syiling terbabit.
Untuk pembuat kasut, WD-40
membantu menyingkirkan kesan lilin yang digunakan pada kasut, melincirkan
cangkuk kasut, menjadikan kasut kulit yang lama lebih lembut dan lentur semula,
mengembalikan kejernihan kasut plastik, membaiki peralatan pembersih kasut dan
melincirkan gandar (roda) pada penggilap kasut.
Untuk pemuzik,
WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna
yangsudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan
bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga
membantu melincirkan skru penala 'halus' pada instrumen bertali, mencegah tali
piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia
beso jugak guna goni dlu dlu, tp loni lamo dah tk tengok. arwah papa mek guna untuk cuci senapang dio.
ReplyDeleteMemang sentiasa ada kat umah,maklumlah ex technican so mmg tahu kegunaan nya hehhehe
ReplyDeletebaru thu pasal benda ni.. :)
ReplyDeletebatu tahu WD40 ni ada banyak kegunaan
ReplyDeletetq share cik nor. selama ni tak pernah ambil tahu pun pasal ni
ReplyDeletehehe inila first time dengar benda apa ni CikNor =P
ReplyDeleteterbaek.. good info:)
ReplyDeleteha'ah x terfikir pulak alatan muzik memerlukan WD40 ni
ReplyDeleteBanyak kegunaan wd40 ni yer
ReplyDeleteWD40 serbaguna. kat rumah pun wajib ada satu
ReplyDelete