Breaking News

Selamat Hari Lahir Alias



Assalamualaikum..

Malam ni macam biasa entry untuk diri sendiri dan keluarga jer. Hehe. Tak ada idea nak menulis review lagi. Ada 3 produk sedang menunggu turn untuk di review. Korang tunggu yer Cik Nor review.

Minggu lepas, hari jumaat kakak Cik Nor ingat nak pergi kenduri kawan-kawan kat tempat kerja dia. Sekali syok pergi berjumpa dengan sanak saudara yang akan menunaikan haji tengok dah asar. Tempat yang nak dituju bukannya dekat. Jauh-jauh semuanya. Maka cancel lah rancangan tersebut.

Oleh kerana Cik Nor ada voucher kfc bernilai RM20.00 yang akan tamat tempoh pada 31 Julai 2017 maka Cik Nor ajak kakak kongsi beli kfc. Cik Nor beli bucket jimat berbaloi yang bernilai RM43.90 kalau tak silap la. Ada 9 ketul ayam, cheezy wedges, kentang putar dan sebotol air pepsi. Memang betul-betul berbaloi la.hehe

Niat kami saja nak makan-makan jer, bukan nak sambut hari lahir si bongsu tu.haha. Dah tua bangka tak kan nak sambut hari lahir kami belanja lagi kot.hihi. Kek tu saja jer letak nama dia kasi perasan sikit. Lama benar tak makan kek coklat maka beli lah yang murah kat kedai kek biasa. Alhamdulillah..sedap. Anak buah pun suka siap pesan hari lahir dia nanti beli kek macam tu jer. Selamat duit makcik dia tak paya beli kek secret recipe lagi..hihi

Menu lain yang kami tambah nugget ayam dan jugak agar-agar.  Tu pun dah kenyang sangat. Maaf gambar crash. Tu jer yang jadi.huhu. Bukan sambutan hari lahir sangat cuma makan-makan dengan ahli keluarga jer. Hehe

Korang kalau buat sambutan hari lahir mesti meriah kan?


6 comments:

  1. Happy birthday alias...erm sambut besday, biasa adik adik belanja...hihi

    ReplyDelete
  2. Singgah isnin dari nieyl..
    happy birthday alias..

    ReplyDelete
  3. Happy Belated Birthday Alias ;) Dulu time kecik kecik meriah lah sambut birthday, dah besar ni bagi ucapan je. Hahahah!

    ReplyDelete
  4. Hari tu anak bongsu punya bezday. Potong kek pun tidak cik nor

    ReplyDelete