Breaking News

Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung



Assalamaualaikum...

Panjangkan tajuk entry Cik Nor kali ni? haha. Kasi orang bosan baca tajuk pulak kali. Biasa tajuk pendek jer, korang jeling dengan ekor mata pun dah habis baca. Eh.. ye ke? Pandai-pandai jer Cik Nor meneka hati hati korang kan? Kisah ni berlaku semasa cuti CNY tempoh hari. Eh, ada lagi kisah CNY. Sebelum ni ada 2 entry CNY dan korang boleh baca kat : Kisah Di Sebalik Cuti Tahun Baru Cina dan Tragedi Sebelum CNY


Alkisahnya begini, seminggu sebelum CNY kawan Cik Nor, si Maya ni ada bagitahu yang dia nak datang bercuti kat Kelantan sempena cuti CNY. Dia tak bagitahu pulak dia nak datang dengan siapa. Cik Nor ingat dia datang dengan kawan-kawan dia. Malas nak tanya banyak sebab kalau musim cuti Cik Nor jarang ada kat Kota Bharu. Biasalah Cik Nor pantang ada cuti mesti balik ke kampung kat Machang tu..haha. Macam jauh kan kampung Cik Nor tu. Nak ulang-alik pergi kerja pun boleh sebenarnya. Tapi penat sikit la, nak kena turun awal pagi dan sampai rumah semula dah malam. Tak nak la macam tu. huhu


Masa Cik Nor kat kampung buka facebook tengok gambar dia dah kat Terengganu. Dia dijangka sampai Kelantan petang selasa dan stay sampai rabu tapi sekejap jer la sebab hari rabu tu jugak dia kena balik semula ke Kuala Lumpur. Hari khamis dia dah kerja. Alahai penatnya.  Kalau Cik Nor mau MC..lemau yang amat weh bila berjalan jauh ni. 

Dia ada tanya-tanya jugak tak nak ke datang jumpa dia. Aduh..ini yang sakit sikit ni. Kalau ke Kota Bharu musim ni  mesti jalan jem. Dalam dok fikir nak turun Kota Bharu ke tak. Esok pagi-pagi sempat buat keputusan tanpa dijangka ajak anak buah ngan adik lelaki pergi ke Kota Bharu.  Cik Nor ada agenda lain juga ke Kota Bharu tu. Agenda apa? Korang tunggu entry seterusnya dari Cik Nor. Bila? Korang jangan tanya sebab tak ada tarik spesifik dan kemungkinan akan tergendala bila entry review masuk. hehe. Masa on the ke Kota Bharu jalan jem teruk, aduh..sempat ke nak jumpa Maya ni. Dia ada bagitahu, dia akan bertolak ke Rantau Panjang pukul 11.00 pagi. Berdoa jer dalam hati agar sempat jumpa sebab nak sangat jumpa mak dia. Lama giler tak jumpa mak dia sejak balik dok Kelantan ni. Sebelum ni melepak jer kat rumah dia..hehe


Lepas sahaja kesesakan teruk jam menghampiri 11.00 pagi. Berhenti kat traffic light tanya dia dah pergi ke belum. Dia cakap mungkin lambat lagi kot sebab ramai lagi yang tengah bersiap dan kemas-kemas barang. Apa lagi masuk highway baru Cik Nor tekan minyak selaju mungkin. Nampak nau menipu. Kereta Cik Nor takat 100km/j boleh la. Lebih dari tu terbang la ko.haha. Sampai kat traffic light mana entah sempat la whatsapp dia tanya dah bertolak ke belum? Dia cakap belum, terus cari shortcut nak ke homestay dia menginap.

Nasib lah dia menginap tempat yang familiar dengan rumah sewa Cik Nor kalau tak mengagau jugak nak cari sebab Cik Nor buka tahu sangat jalan-jalan kat Kota Bharu ni. Cik Nor tahu jalan nak balik kampung jer.  Alhamdulillah..sebab niat Cik Nor nak jumpa dengan mak dia, Allah permudahkan urusan Cik Nor. Sempat la Cik Nor bertemu mata dengan mereka walaupun sekejap. Itu lah kisah ke 2 sempena CNY. hehe

Maya nak datang lagi tau tak sempat nak membawang dengan ko..hihi

21 comments:

  1. Best balik kg sokmo.. kin pun nak balik gak ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillahhhhh,dapat jumpa....hahahha kota bharu -machang jenuh gak nak berulang,dulu praktikal kota bharu,umah tok pasir mas je malas gok berulang hehehehe.

    ReplyDelete
  3. dapat jugak jumpa kawan kan hehehhe

    ReplyDelete
  4. makin comeyy ni ciknor.Haaa.. apa rahsia? naik seri guna warna pink.

    ReplyDelete
  5. Saya pun sempat jumpa kejap dengan BFF time CNY aritu..rindu kawan lama..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sempat berjumpa walaupun sekejap kann

    ReplyDelete
  7. yg penting dpt jumpa... sbb bkn selalu kan...

    ReplyDelete
  8. Berjodoh utk berjumpa juga akhirnya. Seronok dpt jumpa kawan2 ni kan.

    ReplyDelete
  9. kekalkan tali silaturrahim itu sampai bila2. best kan jumpa kwn2?

    ReplyDelete
  10. seronok kan jumpa member satu kepala dengan kita

    ReplyDelete
  11. Kalau kawan dah wasap nak jumpa ke tak, serba salah kalau tak jumpa kan.
    Nak tak nak, mesti jumpa juga.
    Kita bila nak jumpa ciknor?
    Hahaha

    ReplyDelete
  12. Alhamdulilah dapat juga Cik Nor berjumpa Maya..
    Mesti seronok bercerita bila sesekali jumpa..

    ReplyDelete
  13. Seronok tu cik nor jarang kan dapat jumpa bff bila masing² dah kerja.

    Comel cik nor bertudung pink

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dapat juga jumpakan... niat baik Allah permudahkan... 😊

    ReplyDelete
  15. haa tajuk ni sesuai sangatt..ni nok ngadu ni..kita sokmo gi kelate time cik nor kelik kampong.EH! hahahahhahahahahaha

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. dapat juga berjumpa :)

    ReplyDelete
  17. gelak baca ayat cik nor, cik nor tahu jalan balik kmpg je..haha...sabar je la cik nor ni..

    ReplyDelete
  18. Bila kita nak berjumpe nie cik nor.. hehe

    ReplyDelete