Breaking News

Yeayy..Hadiah Lagi


Assalamualaikum..

Malam ni ingat nak tidur awal sebab badan tak berapa nak sihat. Rasa macam nak demam pun ada, rasa macam nak selsema pun ada jugak. Macam-macam rasa adalah, cuma ikan masak 3 rasa jer tak ada.haha. Sebelum beradu Cik Nor kena tulis jugak entry pasal hadiah ni. Dah lama terima tapi asyik peram jer. Kesian tuan dia dok menunggu manalah entry tentang hadiah yang dia bagi.

Siti, Cik Nor mintak maaf banyak-banyak sebab lewat tulis entry pasal hadiah ni. Cik Nor terpaksa bagi laluan kepada job review terlebih dahulu. Sekarang ni Cik Nor dah bebas dari membuat sebarang review. Eh, ye ke? Kan sampai lagi masak ko Cik Nor. hehe. Hadiah ni Cik Nor dapat dari Blogger Siti. Nak tahu Siti mana? Klik link yang Cik Nor bagi tu, baru lah suprise.haha.

Hadiah ni Cik Nor dapat kerana Cik Nor salah seorang pengomen tegar tahunan kalau tak silap la untuk tahun 2018. Macam tak caya pulak jadi pengomen tegar tahunan blog Siti ni. Cik Nor ni blogwalking ikut mood jer. Time rajin penuhlah blog kawan-kawan dengan komen ciput Cik Nor ni. Kalau tiba time malas Cik Nor just baca dan terus keluar tanpa tinggalkan sebarang jejak..hihi

Siti ni macam tahu-tahu jer Cik Nor suka kumpul fridge magnet, dia baginya fridge magnet dari Australia. Aishh..kalau Siti ni dok dekat memang dah lama pergi peluk dia.. Eh2..peluk tanda terima kasih la. Jangan nak fikir lebih-lebih la..haha


Selain dari fridge magnet tu Cik Nor dapat topeng muka elianto. Ermm..beauty blogger sangat. Mask dengan blogger kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Hah..kerlass ko jah. haha. Beauty blogger lah sangat.

Kalau korang nak tahu Siti ni seorang travel blogger. Banyak negara dia dah kunjungi. Cik Nor kalau nak berangan pergi luar negara terjah jer blog dia. Sebut jer nak pergi mana? Kat blog dia mesti ada entry. Satu lagi sebab apa Cik Nor suka singgah blog Siti ni. Dia suka terjah tempat makan yang sedap-sedap. Kita kalau tengok gambar kat blog dia memang terasa lapar semula walaupun baru lepas makan. hehe.

Eh tu sikit jer Cik Nor cerita pasal blog Siti. Nak tahu lebih lanjut jangan lupa terjah link Cik Nor bagi kat atas tu.

15 comments:

  1. WoW! komen-komen dapat hadiah bestkan...

    ReplyDelete
  2. tahniah cik nor.. singgah gak bc blog siti x tinggal jejak

    ReplyDelete
  3. Tahniah, ikut berbahagia dengan hadiah yang didapatkan

    ReplyDelete
  4. bestnya.dua2 saya suka fridge magnet n face mask

    ReplyDelete
  5. aduh.. kite kasi bukan suruh buat entry. tanda penghargaan terima kasih CikNor rajin singgah blog kite.. kalo CikNor dapat lagi nanti bagitau jee da sampai lega da hehe..

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya hadiah tu cik nor. Tahniah ye.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak.Kak jugak merupakan top pengomen blog Rabia pada bulan 2 ini

    ReplyDelete
  8. Gws ciknor.. best ya hadiah tu

    ReplyDelete
  9. aida dptg juga ni.
    lom sempat review kat blog.
    aduhai.
    aida memang minat sgt fm.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete