Breaking News

Resepi Kuih Ketayap

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Dulu masa mula-mula habis belajar, dok melepak kat rumah la tolong mak buat kuih untuk jualan. Nak kerja jauh-jauh mak tak bagi sebab tak harap  Cik Nor berjauhan dari keluarga.  Last-last ini lah pekerjaan Cik Nor dikala menanti tawaran kerja.Bangun pagi-pagi buat kuih. Banyak kuih yang Cik Nor buat antaranya karipap, sardin gulung, roti kukus dan macam-macam lagi. Kuih ketayap ni salah satu dari kuih-kuih tersebut.

Kalau kat Kelantan kuih ketayap ni kami panggil kuih batang buruk. hehe. Jom kita tengok apa bahannya.

Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahannya :

1. 2 cawan tepung gandum
2. Air (ikut tahap kepekatan adunan korang mahukan)
3. Beberapa helai daun pandan (dikisar halus dan ditapis. Ambil airnya)
4. Pewarna hijau
5. Garam secukup rasa
6. Sedikit minyak

Cara-caranya :

1. Cara Cik Nor senang jer, blend bahan dari no. 1 hingga no. 5. 
2. Korang boleh tengak tahap kepekatan yang korang mahukan.
3. Jika sudah berpuashati adunan yang telah di blend tadi hendaklah ditapis terlebih dahulu untuk mendapatkan adunan yang cantik.
4. Panaskan kuali non-stick atau kuali biasa  pun boleh tapi kena letak minyak sikit la supaya tak melekat. Letak dalam satu senduk dan ratakan macam buat pancake. Pancake tu tebal, untuk kulit kuih ketayap ni kena nipiskan.
5. Bila kedua-dua belah sudah masak boleh angkat dan sejukkan seketika sebelum masukkan inti.
6. Bila sudah agak-agak suam boleh la di masukkan inti dan digulung macam korang gulung popia.hehe. Dah siap, boleh la dimakan diwaktu pagi atau pun petang.

Bahan-bahan untuk inti dan cara membuatnya:

Kelapa parut (ikut korang nak buat banyak mana)
Gula (ikut kemanisan yang korang nak)
Pewarna merah
Garam
Daun pandan

Satukan semua bahan kat atas dan masuk kan sedikit air dan biarkan ia mendidih seketika untuk masakan kelapa parut tadi. Kacau sehingga sebati dan bila sudah agak kering boleh lah dikecilkan api dan dikacau sehingga betul-betul kering. Angkat dan sejukkan.

* Dalam adunan kulit kuih ketayap ni korang nak masukkan telur pun boleh. Kalau takut bau hanyir tak masukkan pun tak apa.

12 comments:

  1. fav sy ni. kalau dpt inti kelapa campur durian perrghhh sorilah org lain cuma boleh tgk je haahha

    ReplyDelete
  2. Juju suka kuih ketayap ni cik nor...wah pandai ciknor adun kuih ni ye...nanti pi Kelantan singgah umah ciknor leh tak buatkan? hahaha nak rasa air tangan ciknor sedap ni

    ReplyDelete
  3. serious lama x makan kuih ketayap

    ReplyDelete
  4. Senang aje nmpknya resepi tu..kalo free nnt boleh try.. =)

    ReplyDelete
  5. Mrs. A suka juga kuih ni tapi Mrs. A panggil kuih gulung.
    Selalu tolong emak yang buat, buat sendiri belum pernah cuba lagi ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  6. sedap kuih ni..nak² kalau intinya tu basah² sikit

    ReplyDelete
  7. mak saya pun rajin buat kuih ni sbb feveret dia..saya tak berapa reti part kuih2 ni..macam leceh plak nak buat..kalau nak makan, beli je la..eh, cik nor dah benti keja ke?

    ReplyDelete
  8. Wah sedapnya TQ ciknor for recipe

    ReplyDelete
  9. kuih faveret Rose jugak ni.. sedap.

    ReplyDelete
  10. kat sini kalau batang buruk pulak kuih warna putih.. time raya kat kampung baru jumpe batang buruk tu..

    ReplyDelete
  11. sedap kuih ketayap. gabungan rasa pandan dan inti kelapa manis tu sedap

    ReplyDelete