Breaking News

Resepi Sambal Mangga Muda

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Cuti lama minggu lepas Cik Nor tak pergi mana-mana pun. Cuma dok kat rumah jadi tukang masak mak dan ayah sahaja. Bila dah jadi tukang masak ni, banyak pulak resepi ringkas yang keluar kat kepala ni. hehe. Nak kata pro masak tu tak la cuma boleh la untuk makan diri sendiri dan juga keluarga. hihi

Kat laman rumah ada buah mangga muda dan pokok cili kampung. Kebetulan pulak masa pergi pasar tani beli banyak ikan kering. Maka tercetuslah idea untuk buat sambal mangga ni. Tak nak cerita panjang, jom Cik Nor kongsi resepi sambal tersebut.

Resepi Sambal Mangga Muda

Bahan-bahan:
1. Beberapa biji mangga muda
2. Cili padi (Ikut tahap kepedasan yang korang inginkan)
3. Ikan kering ( lagi banyak lagi sedap & pilih yang banyak isi)
4. Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya :

1. Bakar ikan kering sehingga masak, kemudian ambil isinya sahaja
2. Buah mangga diparut halus macam nak buat kerabu.
3. Tumbuk cili bersama dengan isi ikan kering tadi. Semasa menumbuk jangan lupa letak sedikit garam supaya dia terpecik cili semasa menumbuk .
4. Kemudian gaulkan cili yang telah ditumbuk bersama isi ikan kering dengan mangga yang telah diparut halus tadi.
5. Dah sebati dan cukup rasa bolehla dihidang bersama nasi panas.

Selamat mencuba.

8 comments:

  1. Nampak sangat menyelerakan la, nak sikit...

    ReplyDelete
  2. peh terliur.walaupun sekadar baca resepi.haha!

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, kecur ailio..
    Ada mangga muda nanti boleh cuba resepi Cik Nor ni..

    ReplyDelete
  4. bak mai laaaa sikit mangga depan rumah tu !!! nak sikit !!!

    ReplyDelete
  5. oh tidak!!!
    oh tidak!!!
    feveret nih. dulu kala mak mertua suka buat.
    now, dia da tak sihat.
    pokok mangga depan umah pun dah kena tebang :(

    ReplyDelete